Tag Archive | Gerakan Islam

My Old/Used Books for sale

Saya mahu menjual buku-buku saya yang dianggarkan melebihi satu tan untuk menghadapi masalah kesempitan hidup, berpindah rumah dsb. Harap kawan2 dapat membantu saya, selain hasilnya boleh digunakan untuk kos rawatan saya. Harga buku-buku terpakai ini kebanyakannya dijual kurang dari setengah harga terutama buku lama. Pls share among friends. Sila request untuk melihat gambar cover buku.

 

TAJUK-TAJUK DAN SENARAI HARGA (HARGA TELAH TERMASUK POTONGAN/DISKAUN TETAPI BELUM TERMASUK KOS POSTAGE

Petunjuk:

HC –       HARD COVER

SC –        SOFT COVER

LN –       LOOK NEW

N –          NEW

O –         OLD

P –          STILL IN PLASTIC BAG- NEVER OPEN

M-           MEDIUM SIZE (AROUND 7” X 10”)

B –          BIG SIZE (A4 PAPER SIZE OR MORE)

S-            SMALL SIZE (STANDARD BOOK SIZE)

PH –       NORMAL PHOTOCOPY

PB –       PHOTOCOPY  WITH PERFECT BINDING HARDCOVER

IN –         INDONESIA

UP-      UNPUBLISHED

  1. 100 MOST BEAUTIFUL SQUARES (HC/LN.B) – RM75
  2. 1000 FAKTA TENTANG GEOGRAFI DUNIA (IN) (SC/LN/B) – RM15
  3. 1000 FAKTA TENTANG SAINS (IN) (SC/LN/B) – RM15
  4. 1000 FAKTA TENTANG TUBUH MANUSIA (IN) (SC/LN/B) – RM15
  5. 1000 WONDERS OF NATURE (HC/LN/B) – RM80
  6. 1001 SCIENCE QUESTIONS ASWERED (HC/LN/B) – RM50
  7. 110 SOAL JAWAB ISLAM BERAJA (SC/O/M) – RM15
  8. 12 TOKOH PENGUBAH DUNIA (SC/LN/M) – RM 15.00
  9. 160 MENIT MENGUASAI 16 TENSES WITH CD (IN) (SC/P/S) – RM8
  10. A PAIR OF BLUE EYES (SC/O/S) – RM10
  11. A SHORT STORY OF SARACENS (HC/O/S) –00
  12. ADOBE ILLUSTRATOR (COVER KOYAK) (SC/O/M) – RM5
  13. AHLUL BAYT (HC/O/M) –00
  14. ALAM PIKIRAN ISLAM MODERN DI TIMUR TENGAH (PH/O/M) – RM10
  15. AL-FITNAH WA WAQ’AT AL-JAMAL (PH/O/M) – RM5
  16. AL-KAMIL FIT-TARIKH IBN ATHIR JLID 1-6 (PB/O/M) – RM80
  17. ALL ENGLISH NOVEL (HC/O/S) –00 EACH
  18. AL-MAWRID AL-MUYASSAR (HC/O/S) – RM20
  19. AMANAT TERAKHIR RASULULLAH (SC/O/S) – RM10
  20. AMAZING FACTS (HC/LN/B) – RM80
  21. ASPEK PENDIDIKAN DALAM 1 MALAYSIA (SC/LN/S) – RM10
  22. ASSASIN KAUM PEMBUNUH DARI LEMBAH ALAMUT (SC/LN/S) – RM15
  23. ATLAS MODEN MALAYSIA DAN DUNIA (SC/O/B) – RM15
  24. ATLAS OF WORLD HERITAGE: CHINA (HC/LN/M) –00
  25. ATLAS OF WORLD HISTORY (HC/LN/B) – RM80
  26. ATLAS PELAJAR ANGKASA LEPAS (HC/O/B) – RM10
  27. BAHASA DALAM TAMADUN ISLAM (SC/O/S) – RM10
  28. BEING HAPPY (SC/O/M) – RM10
  29. BELAJAR LEBIH CERDAS BUKAN LEBIH KERAS (IN) (SC/LN/S) – RM8
  30. BERAKHIRNYA USIA DUNIA (SC/O/S) – RM8
  31. BERSIHKAN TAUHID ANDA (2 JILID) (SC/O/S) – RM10 (DUA BUAH)
  32. BIMBINGAN DAN KAUNSELING iii (SC/O/S) – RM10
  33. BOOK OF LIFE (HC/LN/B) – RM75
  34. BUKAN CARA BELAJAR BIASA (IN) (SC/O/S) – RM8
  35. BUROK (SC/O/S) – RM8
  36. CERITA-CERITA AL-QURAN MENAKJUBKAN (IN) (SC/LN/M) – RM15
  37. CERMIN BUDIMAN BAGI MUKMIN (JAWI) (SC/O/S) – RM5
  38. CITRA TAKMILAH (SC/O/S) – RM8
  39. COMMON ERRORS IN ENGLISH (SC/O/S) – RM5
  40. CONSTANTINOPLE (HC/LN/M) –00
  41. COOKING SMART HEALTY HEART (HC/LN/B) – RM80
  42. CURING EVERYDAY AILMENTS (HC/LN/M) – RM50
  43. DAKWAH DAN CABARAN DE-ISLAMISASI (SC/O/S) – RM10
  44. DAKWAH GERAKAN ISLAM ALAF BARU (SC/O/S) – RM10
  45. DASAR ILMU POLITIK (SC/O/S) – RM10
  46. DASAR-DASAR UTAMA KERAJAAN MALAYSIA – (SC/O/S) –00
  47. DECENTRALIZATION AND LOCAL GOVERNMENT IN IRAN (SC/LN/S) – RM15
  48. DIALOG ANTARA MUSLIM DAN ATHEIS (SC/O/S) – RM5
  49. DIMENSI POLITIK MELAYU (SC/O/S) – RM10
  50. DINAMISME GERAKAN ISLAM (SC/LN/S) – RM15
  51. DISCOVERING OUR WORLD SEA WORLD (HC/O/B) –00
  52. DK ANCIENT IRAQ WITH CD (SC/LN/B) – RM15
  53. DK CHINA (SC/LN/B) –RM15
  54. DOA-DOA PENANGKAL SYAITAN (SC/O/S) – RM5
  55. ENCYLOPEDIA OF ISLAM AND MUSLIM WORLD 2 JLD (HC/LN/B) –00
  56. ENGLISH GRAMMAR MADE SIMPLE (SC/O/S) – RM5
  57. ENGLISH IN SINGAPORE AND MALAYSIA (SC/O/S) – RM10
  58. ENGLISH SYNTAX (SC/O/S) – RM10
  59. ENSIKLOPEDI BERGAMBAR SUKU-SUKU BANGSA DI DUNIA 2 JILID (SC/O/M) – RM15
  60. ENSIKLOPEDIA SAINS (IN) – (HC/O/B) –00
  61. ETIKA BERUMAH TANGGA (SC/O/S) – RM8
  62. FOODS HARM FOODS HEAL (HC/LN/B) – RM60
  63. FORMAL VALUES IN TIMURID MINIATURE (SC/O/S) – RM8
  64. FUNDAMENTALS OF ENGLISH GRAMMAR (SC/O/M) – RM10
  65. GAGASAN NASIONALISME MELAYU RAYA (SC/O/S) – RM10
  66. GERAK KERJA KOKORIKULUM (SC/O/S) – RM10
  67. GERAKAN GEREJA KATOLIK DI MSIA (SC/O/S) – RM10
  68. GERAKAN ISLAH MUHAMMAD ABD AL-WAHHAB (SC/O/S) – RM5
  69. GERAKAN ISLAM MENONGKAH CABARAN (SC/O/S) – RM5
  70. GLOBAL SAFARI (HC/LN/B) – RM80
  71. GLOSARI ADAT NEGERI SEMBILAN (SC/O/S) – RM15
  72. GREAT BOTANIC GARDENS (HC/LN/B) –00
  73. HAK ASASI MANUSIA MENURUT ISLAM (PH/O/S) – RM3
  74. HALAL DAN HARAM (HC/P/B) – RM30
  75. HEADWAY SET (SC/O/M) – RM10
  76. HEROES OF ISLAM (HC/LN/S) – RM20
  77. HISTORY OF ASIA (HC/LN/S) – RM20
  78. HISTORY OF CIVILIZATION (SC/LN/M) – RM25
  79. HOW TO SPEAK AND WRITE BETTER – (HC/LN/M) –00
  80. HOW YOU FEEL IS UP TO YOU (SC/O/S) – RM10
  81. HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA (BUKU TEKS) (SC/O/M) – RM8
  82. HUTAN THE FOREST (IN) (HC/O/M) – RM8
  83. IBU BAPA BAIK ANAK BAGAIMANA (SC/O/S) – RM10
  84. ILMU KALAM PAUCIS VERBIS (SC/O/S) – RM8
  85. IMAN ISLAM JIHAD (SC/O/S) – RM5
  86. INDEKS JURNAL SEJARAH (SC/O/S) – 10
  87. INDUSTRI BUKU DI MALAYSIA (SC/O/S) – RM5
  88. INSAN YANG MENGUBAH DUNIA I- 10 TAJUK (HC/O/S) – RM80
  89. INSAN YANG MENGUBAH DUNIA II – 10 TAJUK (HC/O/S) – RM80
  90. INSTITUSI BENDAHARA (HC/O/M) –00
  91. INSTITUSI POLITIK (SC/O/M) – RM10
  92. ISLAM DAN IDEALISME ZAMAN MODEN (SC/LN/M) – RM25
  93. ISLAM DAN PEMBAHARUAN (SC/O/S) – RM8
  94. ISLAM DI ALAM MELAYU (SC/O/S) – RM10
  95. ISLAM DI ASIA BARAT MODEN (SC/LN/M) – RM25
  96. ISLAM DI SABAH (SC/O/S) – RM5
  97. ISLAM HADHARI DALAM PEMBANGUNAN INSAN (SC/O/S) – RM10
  98. ISLAM PASCA KEMERDEKAAN (SC/LN/M) – RM20
  99. ISLAM ZAMAN MODEN (SC/O/M) – RM10
  100. ISLAM, AL-QURAN DAN IDEOLOGI MASA KINI (SC/O/M) – RM8
  101. JANGAN KECEWA (SC/O/S) – RM10
  102. JATUHNYA SEBUAH TAMADUN (SC/LN/M) – RM15
  103. JOM IBADAH + JOM AKIDAH + JOM AKHLAK (SC/LN/S) – RM15 (TIGA BUAH)
  104. JURNAL AL-HADARAH (SC/O/S) – RM5
  105. JURNAL AL-HUDA (SC/P/S) – RM5 EACH
  106. JURNAL TASAWWUR ISLAM (SC/O/S) – RM5
  107. KAEDAH MENGAJAR PINGPONG (SC/O/S) – RM10
  108. KAJIAN ILMU-ILMU ISLAM JILID II (SC/O/S) – RM10
  109. KAMUS DEWAN EDISI KEEMPAT (HC/LN/M) – RM30
  110. KAMUS SITUASI (SC/O/M) – RM8
  111. KANSELING INDIVIDU (SC/O/S) – RM5
  112. KARISMA PEN (SC/O/S) – RM5
  113. KEISTIMEWAAN RASULULLAH SAW (HC/N/M) – RM25
  114. KERAJAAN DAN PENTADBIRAN MALAYSIA (SC/O/S) – RM5
  115. KEUNGGULAN PARA DAIE (SC/O/S) – RM10
  116. KHAZANAH PENGETAHUAN ALAM SEMESTA (IN) (HC/O/B) – RM8
  117. KHAZANAH PENGETAHUAN SERANGGA (IN) (HC/O/B) – RM8
  118. KHAZANAH PENGETAHUAN TETUMBUHAN (IN) (HC/O/B) – RM8
  119. KIAMAT HAMPIR MENJELANG (SC/O/S)- RM8
  120. KISAH 40 TOKOH-TOKOH ISLAM (SC/O/S) – RM10
  121. KISAH NABI SULAIMAN (SC/O/S) – RM5
  122. KISAH-KISAH NYATA RAJA JIN (SC/O/S) – RM5
  123. KONFLIK PALESTINE-ISRAEL – (SC/LN/S) –00
  124. KONSEP PEMBANGUNAN DAN KENEGARAAN MALAYSIA (SC/O/M) – RM8
  125. KONTEKS SASTERA DAN BUDAYA MELAYU (SC/O/S) – RM10
  126. KURA-KURA TERBANG DAN CERITA-CERITA LAIN (IN) (HC/LN/M) – RM15
  127. KURIKULUM ISLAM DALAM PERKEMBANGAN SEJARAH (SC/O/S) – RM5
  128. KRISIS INTELEKTUAL MUSLIM (SC/O/S) – RM10
  129. LAST MYSTERIES OF THE WORLD (HC/LN/B) – RM60
  130. LATAR BELAKANG KEBUDAYAAN ISLAM (SC/O/S) – RM5
  131. LATAR BELAKANG SEJARAH BRUNEI (SC/O/S) – RM5 – booked
  132. LIVING SMART (SC/O/S) – RM10
  133. LONGMAN KAMUS DWIBAHASA (SC/O/S) – RM8
  134. LUAR ANGKASA (IN) (HC/O/B) – RM10
  135. MAD ABOUT MEKONG (SC/LN/M) – RM25
  136. MADINAH AL-MUNAWWARAH (SC/LN/S) – RM15
  137. MAGIC FOODS (HC/LN/B) – RM75
  138. MAKKAH AL-MUKARRAMAH (SC/LN/S) – RM15
  139. MAKNA SEBENAR BID’AH (SC/LN/S) – RM10
  140. MALAYSIA KITA – NEGARA (+ SEJARAH + EKONOMI) (HC/O/S) – RM10 (3 B)
  141. MALAYSIA, POLITICS AND GOVERNMENT (SC/O/S) –00
  142. MANI PURINDAN DALAM SEJARAH MELAYU (SC/LN/S) –00
  143. MAPPING HISTORY WORLD HISTORY (HC/LN/B (A3)) – RM80
  144. MARY HIGGINS CLARK (HC/LN/M) –00
  145. MASJID ITU HIDUPKU (SC/P/S) – RM8
  146. MEMARTABATKAN WARISAN PENDETA ZA’BA (SC/O/S) – RM10
  147. MENCARI ISLAM DI CHINA (SC/LN/S) – RM15
  148. MENDORONG DIRI SENDIRI (SC/O/S) – RM10
  149. MENGENAL IMAN, MURTAD KUFUR ETC (SC/O/S) – RM5
  150. MENGENALI DAN MENTAFSIR SUMBER SEJARAH (SC/O/S) – RM10
  151. MENJAWAB KRITIKAN FAHAM WAHABIYAH (SC/O/S) – RM10
  152. 1965 (HC/O/S) – RM80.00.
  153. MIDDLE EAST, 1941 (HC/O/S) –00
  154. MINANGKABAU (SC/P/M) – RM20
  155. MINORITI MUSLIM CABARAN DAN HARAPAN (SC/O/S) – RM8
  156. MODERN HISTORY, 1923 (HC/O/M) – RM60.00.
  157. MODUL HUBUNGAN ETNIK EDISI KEDUA (SC/0/S) – RM8
  158. MOSES AND PHARAOUH IN THE BIBLE, QURAN AND HISTORY (SC/P/S) –00
  159. MU’JAM AL-MAWRID (HC/O/M) –00
  160. MUKADIMAH MEMAHAMI TAMADUN ISLAM (SC/O/S) – RM10
  161. NEW OXFORD DICTIONARY (SC/LN/S) – RM10
  162. OUR RELIGION (INDONESIA) (SC/O/M) – RM8
  163. OXFORD ADVANCED LEARNERS (COVER KOYAK) (SC/O/M) – RM10
  164. PANDUAN PENGAJARAN OLAHRAGA (SC/O/S) – RM10
  165. PANTANG LARANG ORANG MELAYU TRADISIONAL (SC/O/S) – RM5 – booked
  166. PELAYARAN BANGSA ARAB (SC/O/S) – RM8 – booked
  167. PEMBIAYAAN PERUMAHAN SECARA ISLAM (SC/O/S) – RM10
  168. PENCEMARAN DI SEKITAR KITA (IN) (HC/O/B) – RM8
  169. PENDIDIKAN NEGARA BANGSA MALAYSIA (SC/O/S) – RM8
  170. PENERBITAN DAN PEMASARAN BUKU DI MALAYSIA (SC/O/S) – RM8
  171. PENERBITAN MAJALAH DI MALAYSIA (SC/O/S) – RM8
  172. PENGAJIAN SOSIAL 1 (SC/O/S) – RM10
  173. PENGAJIAN SOSIAL 2 (SC/O/S) – RM10
  174. PENGANTAR ILMU SEJARAH (ABD RAHMAN) (SC/O/M) – RM10
  175. PENGANTAR ILMU SEJARAH (PINK) (PH/O/S) – RM3
  176. PENGANTAR SEJARAH UMAT ISLAM (SC/O/S) – RM5
  177. PENGANTAR TAMADUN ISLAM (SC/O/S) – RM10
  178. PENGATURAN SENDIRI DI DALAM PENGURUSAN KESELAMATAN (SC/O/M) – RM15
  179. KPD JENTERA PENTADBIRAN KJAAN MSIA (KULIT KOYAK) (SC/O/S) – RM5
  180. PENGEMBARAAN IBN BATTUTA (HC/LN/M) – RM30 – BOOKED
  181. PENGENALAN BUKU-BUKU UTAMA ISLAM (SC/O/S) – RM5 – BOOKED
  182. PENGENALAN KEPADA PEMBUATAN KERETA (SC/O/S) – RM8
  183. PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN (SC/O/M) – RM15
  184. PENGURUSAN KOKORIKULUM (SC/O/S) – RM8
  185. PENGURUSAN ORGANISASI (SC/O/M) – RM15
  186. PENGURUSAN PERHUBUNGAN AWAM (SC/O/M) – RM10
  187. PENGURUSAN STRATEGIK (SC/O/M) – RM15
  188. PENGURUSAN STRATEGIK EDISI KEDUA (SC/O/M) – RM15
  189. PENIPUAN DAN PEMERASAN.. YAHUDI (SC/P/S) –00
  190. PENULISAN KREATIF (SC/O/S) – RM5
  191. PENYAKIT HATI (SC/O/S) – RM5
  192. PENYEBARAN ISLAM DI ASIA TENGGARA (SC/O/S) – RM5-BOOKED
  193. PERANAN MASJID MENURUT ISLAM (SC/O/S) – RM8
  194. PERANG BENDAHARA PAHANG (SC/LN/M) –00
  195. PERANG-PERANG PALING FENOMENAL (IN) (SC/LN/S) – RM10 – booked
  196. PERCANGGAHAN DARWINISME TERHADAP ALQURAN (SC/LN/S) – RM15
  197. PERJANJIAN DAN DOKUMEN LAMA MALAYSIA (SC/LN./M) – RM50
  198. PERKAHWINAN RAJA-RAJA MELAYU (SC/O/S) – RM10
  199. PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM ABAD PERTENGAHAN (SC/O.S) – RM10
  200. PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN (SC/LN/M) – RM10
  201. PERSIAN FIRE (HC/LN/M) –00
  202. PERSOALAN HARTA TIPS MURAH REZEKI (SC/LN/S) – RM10
  203. PLANET EARTH (HC/LN/B) –00
  204. PLANET EARTH THE MAKING (SC/LN/M) – RM30
  205. POLITIK DAN KERAJAAN MODEN (SC/O/S) – RM10
  206. PRINSIP DAN AMALAN PENGAJARAN (SC/O/S) – RM10
  207. PRINSIP DAN MASYARAKAT ISLAM (SC/O/S) – RM5
  208. PRINSIP PEMASARAN PERSPEKTIF GLOBAL (SC/O/M) – RM20
  209. PROSIDING ISU-ISU PENDIDIKAN TAMADUN ISLAM (SC/O/S) – RM5
  210. PROSIDING KONVENSYEN INDUSTRI PERBUKUAN NEGARA (UP/O/M) – RM10
  211. PROSIDING SEMINAR DASAR DAN PENDIDIKAN(UP/O/M) – RM1O
  212. PROSIDING SEMINAR JQAF (UP/O/M) – RM10
  213. PROSIDING SEMINAR KENEGARAAN DAN KETAMADUNAN (UP/O/M) – RM50
  214. PROSIDING SEMINAR PENYELIDIKAN ISLAM (HC/LN/M) –00
  215. PROSIDING SEMINAR ZA’BA 3 JILID (UP/O/M) – RM80 – booked
  216. PROSIDING SIMPOSIUM TAMADUN ISLAM (SC/O/M) – RM25
  217. PROSIDING SIMPOSIUM TAMADUN ISLAM ABAD PERTENGAHAN (SC/O/M) – RM20
  218. PSIKOLOGI PENDIDIKAN UNTUK PERGURUAN (SC/O/S) – RM10
  219. QAMUS ILYAS AL-JAMI’E (HC/O/S) – RM20
  220. RAHASIA DOA DAN DZIKIR (SC/O/S) – RM8
  221. RAHSIA BISNESS YAHUDI (SC/LN/S) –00
  222. RAHSIA ISLAM DI CHINA (SC/LN/S) – RM15
  223. RASULULLAH SAW INSAN SEMPURNA SEBAIK IKUTAN (SC/N/S) – RM20
  224. REMEDIAL ENGLISH (SC/O/S) – RM5
  225. RENCANA NUKLIR ISRAEL (SC/LN/S) –00
  226. REVERSE DICTIONARY (HC/LN/B) –00
  227. REVIVALIST MOVEMENT IN ISLAM (SC/O/S) – RM15 – BOOKED
  228. SAINS FALSAFAH DAN ISLAM (PH/O/M) – RM5
  229. SAINS MENURUT PERSPEKTIF ISLAM (SC/O/B) – RM8
  230. SAIYIDINA ALI BIN ALI THALIB (SC/O/S) – RM5
  231. SASTERA DAN SASTERAWAN II (HC/O/S) – RM5
  232. SAYEMBARA III (SC/O/S) – RM3
  233. SEJARAH BRUNEI MENJELANG KEMERDEKAAN (HC/O/S) – RM15
  234. SEJARAH DAN TAMADUN BANGSA MELAYU (SC/O/M) – RM15 – BOOKED
  235. SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM EDISI KEDUA (SC/O/M) – RM10
  236. SEJARAH DAULAT KHULAFAUL-RASYIDIN (IN) – RM8
  237. SEJARAH EROPAH (SC/O/M) – RM15
  238. SEJARAH FALSAFAH BARAT MODEN (SC/O/S) – RM5
  239. SEJARAH GERAKAN ABBASIYAH (SC/O/S) – RM10
  240. SEJARAH ISLAM (4) – HASSAN (SC/O/S) – RM10
  241. SEJARAH ISLAM (SC/O/M) – RM15
  242. SEJARAH ISLAM (SHAABAN) (SC/O/S) – RM10
  243. SEJARAH ISLAM (MAHAYUDIN) (SC/O/M) – RM18
  244. SEJARAH ISLAM SEJAK ZAMAN NABI ADAM (HC/O/S) –RM20
  245. SEJARAH MALAYSIA (SC/O/M) – RM20
  246. SEJARAH MALAYSIA 1400-1963 (PH/O/S) – RM8
  247. SEJARAH MALAYSIA 1800-1963 (SC/O/S) – RM15
  248. SEJARAH PERKEMBANGAN ISLAM (SC/O/M) – RM10
  249. SEJARAH PERUNDANGAN ISLAM (PH/O/S) – RM5
  250. SEJARAH POLITIK DAN KEBUDAYAAN FILIPINA JILID 1 (PB/O/M) – RM15
  251. SEJARAH SENI LUKIS (SC/O/S) – RM10
  252. SEJARAH SOSIAL MASYARAKAT MALAYSIA (SC/O/S) – RM10
  253. SEJARAH SULTAN-SULTAN BRUNEI MENAIKI TAKHTA (SC/O/M) – RM15
  254. SENARAI 100 TOKOH PALING BERPENGARUH DI DUNIA (SC/LN/M) –00
  255. SERANGAN MONGOL (SC/O/S) – RM10
  256. SHALAHUDIN AL-AYYUBI (IN) (SC/O/S) – RM5
  257. SILK ROAD (HC/N/B) –00
  258. SIRAH NABAWIYAH (HC/O/M) – RM15
  259. SIRAH RASULULLAH (SAW) AL-RAHEEQ AL-MAKHTUM (HC/LN/M) – RM30
  260. SIRI ALAM CAKERAWALA 5 BUAH (HC/O/M) – RM50
  261. SIRI KOKO ACARA BALAPAN (SC/LN/S) – RM10
  262. SIRI KOKO ACARA PADANG (SC/LN/S) – RM10
  263. SIRI KOKO BADMINTON (SC/LN/S) – RM10
  264. SIRI KOKO BOLA SEPAK (SC/LN/S) – RM10
  265. SIRI KOKO BOLA TAMPAR (SC/LN/S) – RM10
  266. SIRI KOKO KECERGASAN FIZIKAL (SC/LN/S) – RM10
  267. SISTEM POLITIK ISLAM (HS/LN/M) – RM15
  268. SISTEM UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA (SC/O/S) – RM10
  269. SMALL SPACES FOR MODERN LIVING – (HC/LN/B) – RM80
  270. SOAL JAWAB ISU SYIAH (SC/LN/S) – percuma dengan pembelian lain
  271. SOSIOLOGI POLITIK (SC/O/S) – RM10 – BOOKED
  272. SOUTHEAST ASIA INSIGHT GUIDE (SC/O/S) – RM10
  273. SPACE EXPLORATION (SC/O/B) – RM8
  274. STORAGE & SHELVY SOLUTION (HC/O/B) – RM50
  275. STRANGE WORLDS AMAZING PLACES (HC/LN/B) – RM60
  276. SULTAN ABD AL-HAMID II & KEJTHN UTHMANIYAH (HC/LN/M) – RM80 -BOOKED
  277. SUMBANGAN SARJANA DALAM TAMADUN ISLAM (SC/O/S) – RM15
  278. SUPER SALAD (HC/LN/B) – RM80
  279. SURVIVAL AGAINST THE ODDS (HC/LN/M) – RM50
  280. SYARIAT ISLAM (SC/O/S) – RM8
  281. SYRIA-PALESTINE II. 1979. (HC/O/S) –00
  282. TAFSIR ILMIY (SC/O/S) – RM5
  283. TAMADUN DUNIA (SC/O/M) – RM25
  284. TAMADUN DUNIA EDISI KEDUA (SC/O/M) – RM20
  285. TAMADUN EROPAH (PH/O/M) – RM8
  286. TAMADUN GREEK (HC/LN/B) – RM20
  287. TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (BUKU TEKS) (PH/O/M) – RM5
  288. TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (BUKU TEKS) (SC/O/M) – RM15
  289. TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (SC/O/M) – RM10
  290. TAMADUN ISLAM, KONSEP DAN PENCAPAIANNYA (SC/O/S) – RM10
  291. TAMADUN MESIR (HC/LN/B)- RM20
  292. TAMADUN ROM (HC/LN/B) – RM20
  293. TANAH BERSEJARAH (SC/O/S) – RM5
  294. TARIKH AL-KHULAFA’ AL-SUYUTI (HC/LN/M) –00
  295. TARIKH AL-KHULAFA’ AL-SUYUTI Arab (HC/LN/M) – RM30
  296. TEKNIK KOMUNIKASI YANG EFEKTIF (SC/O/S) – RM10
  297. TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI, ETIKA (SC/O/M) – RM15
  298. TERAS UTAMA SISTEM PENGURUSAN ISLAM (SC/LN/S) – RM10
  299. TERENGGANU DAHULU DAN SEKARANG (SC/O/S) –00
  300. THE 150 HEALTHIEST FOOD ON EARTH (HC/LN/B) – RM80
  301. THE BABA’S (HC/N/S) –00
  302. THE DICTIONARY OF WORLD HISTORY – (HC/LN/M) –00
  303. THE ESSENTIAL OF ISLAM (SC/O/S) – RM10
  304. THE HISTORY OF THE MODERN WORLD (HC/LN/B) – RM120
  305. THE MIDEAST IN FOCUS (HC/O/S) – RM50.00
  306. THE NEW ENCYCLOPEDIA OF BRITANNICA (VOL 10-13) (HC/O/M) – RM10 EACH
  307. THE ORIGINS OF EVERYTHING THINGS (HC/LN/B) – RM60
  308. THE OXFORD STUDY DICTIONARY (HC/O/S) – RM5
  309. THE PASSING OF EMPIRE (1900, LONDON) (HC/O/M) – RM3000
  310. THE POLITICS OF BANGSA MALAYSIA (SC/LN/S) – RM15
  311. THE PROPHET MUHAMMAD (HC/O/S) – RM10
  312. THE SHAHAADAH & THE FARDU ‘AIN SALAAH (SC/O/S) – RM10
  313. THE STORY OF PHILOSOPHY (TRANS. IN) (HC/LN/B) –00 – BOOKED
  314. THE TRAVELER’S ATLAS (HC/O/B) – RM50
  315. THE VOYAGE OF DISCOVERY, 1905, VOL 1 AND II (HC/O/S) –00
  316. TIMOH (SC/O/S) – RM8
  317. TIMUR TENGAH DAN AFRIKA UTARA MODEN (SC/O/M) – RM15
  318. TIP-TIP CEMERLANG DARIPADA AL-QURAN (SC/LN/S) – RM15
  319. TITAS KERTAS I (SC/O/M) – RM10
  320. TNTA ILMU (SC/O/S) – RM10
  321. TOKOH-TOKOH GERAKAN ISLAM (SC/O/S) – RM15
  322. TOKOH-TOKOH ISLAM DI ZAMAN NABI (SC/O/S) – RM8
  323. TOKOH-TOKOH MUSLIM PALING BERPENGARUH DI DUNIA (SC/O/S) – RM10
  324. TOTAL FENG SHUI (SC/LN/B) – RM50
  325. TREASURES OF CHINA (HC/LN/B) – RM80
  326. TUN HABIB ABDUL MAJID (SC/O/S) – RM10
  327. TUN RAZAK PUTERA TITIWANGSA (SC/O/S) – RM10
  328. ULUMUL QURAN (SC/O/S) – RM5
  329. UNSEEN WORLD (HC/LN/M) – RM50
  330. USUL FIQH (JAWI) (SC/O/S) – RM5
  331. VARNISHED CIVILIZATION (HC/LN/B) – RM75
  332. WALKING THE EARTH’S NATURAL WONDERS (HC/LN/B) –00
  333. WANDERINGS IN ARABIA, 1926, (HC/O/S) –00
  334. WANITA ANGGUN (SC/O/S) – RM8
  335. WASIAT LUQMAN AL-HAKIM (SC/O/S) – RM8
  336. WHEN NATURE TURN NASTY (HC/LN/M) – RM30
  337. WORD POWER (HC/LN/B) –00
  338. WORLD OF KNOWLEDGE MAMMALS (HC/O/B) – RM10

 

BUKU-BUKU TULISAN SAYA DAN RAKAN-RAKAN UNTUK DIJUAL

Buku-buku di bawah adalah untuk bacaan para pelajar sekolah rendah atau/dan sekolah menengah dan terdapat antaranya berdasarkan silibus subjek tertentu seperti tamadun dan moral.

Buku HC (hardcover) harga asal adalah RM259 dan SC (softcover) harga asal adalah RM189.

  1. SIRI ADAT DAN BUDAYA KAUM UTAMA (4 BUAH) (HC/LN/B) – RM180
  2. SIRI AGAMA UTAMA DI MALAYSIA (4 BUAH) (SC/P/M) – RM120
  3. SIRI BANGUNAN WARISAN MALAYSIA (4 BUAH (HC/P/B) – RM180
  4. SIRI DOA HARIAN AMIN (3 BUAH) (SC/LN/M) – RM15
  5. SIRI ENSIKLOPEDIA REMAJA (10 TAJUK) (HC/O/M) – RM15
  6. SIRI ENSIKLOPEDIA REMAJA (10 TAJUK) (HC/O/M) – RM15
  7. SIRI HUBUNGAN ETNIK MALAYSIA (4 BUAH) (SC/N/M) – RM120
  8. SIRI INFO ASEAN (4 BUAH) (HC/LN/B) – RM180
  9. SIRI KENALI ALAM SEMESTA (4 BUAH) (SC/N/M) – RM120
  10. SIRI KENALI NEGARA KITA (4 BUAH) (HC/LN/B) – RM180
  11. SIRI KENALI NEGERI KITA 2006-2007 (14 BUAH) (HC/O/M) – RM100
  12. SIRI KENALI PERDANA MENTERI (6 BUAH) (HC/LN/M) – RM120
  13. SIRI KAUM UNIK DI MALAYSIA (4 BUAH) (SC/N/B) – RM120
  14. SIRI MALAYSIA DAN KERJASAMA NEGARA-NEGARA ASEAN (4 BUAH) (HC/LN/B) – RM180
  15. SIRI MASALAH JUVANA (4 BUAH) (SC/N/M) – RM120
  16. SIRI MONUMEN NEGARA (5 BUAH) (HC/LN/M) – RM80
  17. SIRI MORAL UNGGUL (4 BUAH) (SC/N/M) – RM120
  18. SIRI PELANCONGAN MALAYSIA (4 BUAH ) (HC/P/B) – RM180
  19. SIRI PEMBANGUNAN EKONOMI MALAYSIA (4 BUAH) (HC/LN/B) – RM180
  20. SIRI PEMBANGUNAN SOSIAL MALAYSIA (4 BUAH) (HC/LN/B) – RM180
  21. SIRI PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR (4 BUAH) (SC/N/M) – RM120
  22. SIRI PENDIDIKAN NEGARA BANGSA (6 BUAH) (HC/LN/M) – RM120
  23. SIRI PENGEMBARAAN DUNIA (4 BUAH) (HC/LN/B) – RM180
  24. SIRI PERIBAHASA MURNI (10 BUAH) (SC/O/M) – RM10
  25. SIRI REALITI KEHIDUPAN (6 BUAH) (SC/O/S)- RM10
  26. SIRI RUKUN NEGARA MALAYSIA (5 BUAH) (SC/N/M) – RM150
  27. SIRI SEJARAH MALAYSIA (4 BUAH) (HC/LN/B) – RM180
  28. SIRI SEJARAH PERGOLAKAN TANAH MELAYU (4 BUAH) (SC/LN/M) – RM75
  29. SIRI TAMADUN DUNIA (2 BUAH) (HC/LN/B) – RM80
  30. SIRI TAPAK WARISAN UNESCO (4 BUAH) (HC/LN/M) – RM80
  31. SIRI TOKOH SARJANA ANDALUSIA (8 BUAH) (HC/LN/S) – RM30
  32. SIRI WARGANEGARA CEMERLANG (4 BUAH) (SC/N/M) –RM120
  33. SIRI WARISAN KEBANGSAAN (4 BUAH) (HC/P/B) – RM180

 

 

DAKWAH DAN KAUNSELING ISLAM

Dakwah dan Kaunseling
Ramai pihak yang mempertikaikan hubungan Islam dan kaunseling. Menurut mereka, Islam tidak ada kena-mengena dengan teori kaunseling moden kini. Segala garapan yang dikemukakan oleh para sarjana Islam dikatakan tidak menepati pengertian kaunseling yang ada pada hari ini. Walaupun kita boleh menerima bahawa kaunseling merupakan suatu penemuan disiplin ilmu baru yang dibangunkan secara teratur oleh para sarjana Barat, mereka tidak dapat menolak hakikat bahawa Islam secara konsep dan amalannya adalah berkait rapat dengan beberapa unsur yang telah dibahaskan dalam disiplin kaunseling. Sebagai contoh, Dr. Hassan Langgulung mengaitkan suatu aspek penting dalam dakwah iaitu tazkiah sebagai menghampiri disiplin kaunseling yang membicarakan unsur-unsur kejiwaan diri manusia. Secara khusus, kaunseling dalam konteks tazkiah adalah sebahagian daripada disiplin ilmu dakwah yang mempunyai skop yang luas itu. Walau bagaimanapun, beliau mengakui bahawa dakwah dan kaunseling bercambah daripada dua tamadun yang berbeza (Islam dan Barat) tetapi ia dapat diharmonikan menerusi proses akulturasi.1
Kepentingan maklumat mengenai hal-hal kejiwaan manusia atau psikologi dalam dakwah juga ditekankan oleh para sarjana Islam yang lain. Sebagai contoh, seorang tokoh dakwah dari Indonesia, H. M. Ariffin menyatakan bahawa psikologi dakwah membahaskan kegiatan aktiviti rohaniah insan dilihat dari aspek individu dan kemasyarakatannya. Kedua-dua aspek ini ternyata amat berkesan dalam proses kegiatan dan perancangan dakwah Islamiah di mana psikologi dakwah memberikan petunjuk dan pengertian tentang situasi dan kondisi aspek kejiwaan sasaran dakwah dari segi personal dan sosialnya. Berdasarkan kenyataan ini, objektif psikologi dakwah dalam proses pengembangan melalui analisisnya terhadap aspek kehidupan psikososial adalah menjadi dasar penting untuk dicantumkan dalam proses kegiatan dan perancangan dakwah yang mana para pendakwah merupakan faktor yang saling kait-mengait antara satu sama lain. Oleh kerana itu, pandangan psikologi masyarakat perlu dikemukankan secara formal sebagai cara yang mempercepatkan lagi proses kejayaan dakwah Islam dalam segala aspeknya sebagai risalah untuk semua umat.2
Istilah nasihat yang menjadi inti perbincangan dalam ilmu kaunseling sebenarnya merupakan satu daripada kaedah teras dalam ilmu dakwah. Rasulullah SAW sendiri menegaskan bahawa Islam adalah agama nasihat (al-Din al-Nasihah). Islam juga terlebih dahulu dan secara lebih terperinci pula mendalami kelakuan serta sifat manusia sama ada zahir dan batin bagi menyediakan asas yang kukuh bagi pendekatan nasihat atau kaunseling itu sendiri. Secara lebih khusus, Islam mewajibkan perlaksanaan dakwah yang menyeru manusia kepada kebaikan dan mencegah mereka daripada perbuatan yang munkar. Hakikat ini berdasarkan dua firman Allah swt. bermaksud:

“Hendaklah ada antara kamu suatu umat yang memerintah kepada kebaikan dan melarang kemungkaran. Mereka itulah orang yang beroleh kejayaan”. (Ali Imran: 104).
“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat yang baik, dan berdebatlah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat petunjuk.” (al-Nahl: 125).

Kedua-dua ayat di atas menggambarkan hubungan langsung antara dakwah dan kaunseling. Ayat pertama secara umumnya menggesa kewajiban umat Islam supaya menyeru ma’ruf dan mencegah mungkar. Ia juga secara tidak langsung membawa pengertian bahawa umat Islam perlu menubuhkan suatu institusi bagi menangani perkara tersebut. Ayat kedua pula mengaitkan kalimah ud’u (serulah) dengan tiga kaedah iaitu hikmah (bijaksana), maw’izah (nasihat) dan mujadalah (debat). Ketiga-tiga kaedah ini mempunyai kaitan yang rapat dengan pendekatan kunseling moden. Kaedah pertama iaitu hikmah mempunyai pengertian yang luas. Menurut Dr. Wan Hussein Azmi, hikmah bagi para pendakwah ialah bersifat dengan sifat-sifat kenabian (benar, amanah, cerdik dan tabligh), berlaku adil, bersabar dan mempunyai ilmu serta pengalaman yang luas. Kaedah kedua iaitu maw’izah adalah secara jelas mengaitkan nasihat atau kaunseling sebagai cara berdakwah. Ahli-ahli tafsir mentafsirkan wa’az (memberi kesedaran/nasihat)3 dengan beberapa pentafsiran, antaranya ialah;
1.     Menghindarkan diri manusia dari keburukan dengan cara menimbulkan kegemaran dan perangsang untuk meninggalkannya, dan menanamkan rasa tidak mahu melakukannya lagi. Cara ini dapat melembutkan hati mereka yang akan membawanya kepada rasa khusyu’.
2.     Memberi rasa kepada pendengar-pendengar bahawa wa’az atau nasihat itu ialah untuk kebaikan mereka sendiri.
3.     Nasihat yang disampaikan dengan lemah-lembut sehingga ia dapat meresap ke dalam hati dengan halus dan mendalam serta dapat masuk ke dalam jiwa dengan lembut. Nasihat bukanlah tengking herdik dan celaan, dan bukan dengan mendedahkan kesalahan yang berlaku dengan sebab jahil atau bertujuan baik. Lemah-lembut dalam menasihati dapat memberi petunjuk kepada hati yang sesat dan dapat menjinakkan hati yang liar, serta dapat mendatangkan natijah yang baik.4

Berdebat yang menjadi pendekatan terakhir dalam ayat di atas boleh dikaitkan dengan proses kaunseling, khususnya dalam keadaan yang tertentu dan sesuai. Berdiskusi dalam dakwah bertujuan untuk menjauhkan pendengar dari berasakan bahawa pendakwah itu menyerang aqidah dan kehormatan mereka. Sebaliknya, pendakwah digalakkan supaya menjadi rakan sebaya yang saling hormat-menghormati dalam merintis kebenaran. Dalam suasana seperti ini, dakwah hidup bersama-sama dengan orang yang didakwahkan. Mereka kurang berasa tertekan tetapi berasa seperti dimuliakan dan diraikan. Tiada yang kalah atau menang dalam perdebatan ini tetapi yang ada ialah usaha bersama untuk mencari kebenaran. Pendekatan diskusi dalam dakwah seperti ini sebenarnya kerapkali berlaku dalam proses kaunseling dalam bentuk perbincangan bagi menyelesaikan masalah.5

Di samping itu, istilah tarbiyyah yang sering diasosiasikan dengan dakwah diterima sebagai suatu aspek penting dalam kaunseling Islam. Asosiasi ini sebenarnya tidaklah menghairankan justeru pendidikan dianggap sebagai ‘a purposeful activity directed to the full development of individuals.’ Justeru itu, tarbiyyah dilihat sangat penting dalam menjana pembangunan insan bertaqwa yang taat dan patuh kepada perintah Allah SWT. Ia berperanan menjadikan manusia insaf tentang hakikat penciptaannya. Pengenalan ini akan melahirkan satu bentuk hubungan yang erat antara yang dicipta dengan pencipta. Bila dimensi ini terbina dan manusia yakin bahawa yang menjadikannya itu adalah Tuhannya yang sebenar, maka ia akan melahirkan implikasi yang positif dalam perjalanan hidupnya serta memberi impak dalam hubungannya dengan manusia dan makhluk lain ciptaan Allah. Matlamat tarbiyyah boleh dicapai melalui lima aspek penting iaitu Tarbiyyah bi al-Mauizah (melalui nasihat), Tarbiyyah bi al-Qissah (melalui cerita), Tarbiyyah bi al-Ahdath (melalui peristiwa), Tarbiyyah bi al-Qudwah (melalui teladan) dan Tarbiyyah bi al-Uqubah (melalui denda). Semua dimensi tarbiyyah ini didokong oleh para ulama dan sarjana Islam terkemuka seperti Dr. Abdullah Nasih Ulwan dan Dr. Abdul Rahman Umairah dalam buku mereka seperti Tarbiyyah al-Aulad fi al-Islam dan Manhaj al-Quran fi Tarbiyyah al-Rijal.6

Perbincangan di atas menunjukkan bahawa dakwah dan kaunseling mempunyai hubungan yang amat rapat. Unsur-unsur kaunseling seperti tazkiah, wa’az dan diskusi sebenarnya adalah sebahagian daripada pendekatan dakwah. Justeru itu, kefahaman terhadap dakwah dan tarbiyyah boleh dijadikan asas dalam meneroka suatu bentuk pendekatan kaunseling Islam yang mantap. Penemuan baru dalam bidang kaunseling moden pula (sekiranya selaras dengan Islam) pasti memberi manfaat kepada kemajuan pendekatan dakwah itu sendiri. Ringkasnya, kaunseling dan dakwah adalah saling silih berganti (interchangeably) dalam menjayakan perkembangan dan kegemilangan agama Islam, walaupun mungkin terdapat perbezaan yang ketara dalam konsep dan pendekatan masing-masing.

Gerakan Islam dan Kaunseling
Secara tradisi, dakwah dan kaunseling telah diamalkan secara individu oleh para Khalifah Islam yang bersifat terbuka kepada teguran dan nasihat. Khalifah al-Rashidin umpamanya bukan sahaja bersedia dibetulkan dengan nasihat malah dengan beraninya sanggup berdepan dengan mata pedang sekiranya melanggar ketentuan agama Islam. Pendekatan ini sangat berkesan kerana umat diasuh dengan suatu pola pemikiran dan tindakan yang berorientasikan dakwah dan kaunseling secara terbuka, telus dan berani, walaupun tidak mengkhusus memahami dari perspektif moden yang diagung-agungkan oleh manusia hari ini. Dari sudut intitusi pula, ia boleh dihubungkan dengan konsep dan aktiviti hisbah yang dilaksanakan oleh kerajaan sebuah negara Islam. Konsep hisbah ini dihayati dan dikendalikan oleh para pemimpin pada kurun-kurun pertama kebangkitan Islam. Pendekatan yang sistematik terhadap kaunseling mula diberikan perhatian apabila wilayah Islam semakin bertambah luas. Oleh itu, Saidina Umar al-Khattab menubuhkan institusi Hisbah dan dianggap sebagai suatu profesion ketika itu. Baginda mengangkat muhtasib (penasihat atau kaunselor) yang berkebolehan membimbing manusia kepada kebaikan dalam segala bidang. Mereka menawarkan khidmat bimbingan kepada masyarakat khususnya dalam urusan keagamaan. Hisbah dijalankan oleh semua golongan seperti khalifah, amir-amir, guru-guru, imam, suami, jiran dan ibu bapa. Hisbah dilaksanakan di rumah-rumah, masjid, pasar, madrasah, jalan dan kebun. Khalifah-khalifah seterusnya menjadikan institusi Hisbah sebagai suatu institusi yang penting dan dihormati dalam sistem pemerintahan negara Islam.7

Selain dari institusi kerajaan seperti Hisbah, para ulama juga memainkan peranan penting dalam memastikan aspirasi Islam dapat dicapai menerusi kaedah nasihat-menasihati. Bahkan mereka sanggup mengorbankan kepentingan diri sendiri dalam menyatakan al-Haq atau kebenaran sehingga dipenjara dan dibunuh. Mereka adalah para mujaddid yang dibangkitkan bagi proses koreksi dan refomis yang hebat dalam sejarah Islam walaupun tidak memimpin gelombang kebangkitan gerakan Islam yang ulung. Nama-nama seperti Imam Hanbali dan Hanafi terus segar sebagai para mujaddid dan mujahid yang mendokong peranan sebagai seorang kaunselor kepada negara dan umat Islam pada zaman kegemilangan mereka. Hakikat ini tidak dapat difahami oleh pemikiran yang menobatkan kaunseling dari perspektif formal atau interpretasi yang berkaca-matakan nilai-nilai Barat yang sarat dalam kaunseling moden hari ini.

Kejatuhan kerajaan Islam di Turki pada 1924 menyebabkan timbulnya banyak gerakan Islam yang berusaha ke arah penubuhan sebuah negara Islam. Ikhwan al-Muslimun di Mesir dan Jamaat Islami di Pakistan yang dianggap pelopor kepada kebangkitan Islam moden turut terlibat secara aktif dalam dakwah dan tarbiyyah. Bahkan, Ikhwan dirujuk sebagai suatu model tarbiyyah yang berjaya mempengaruhi umat Islam menerusi kaedah-kaedah yang sistematik dalam aktviti seperti Usrah dan Daurah. Peranan gerakan Islam dalam dakwah dan tarbiyyah yang telah menjadi asosiasi rapat ini seterusnya dapat dilihat secara jelas apabila negara umat Islam mencapai kemerdekaan. Perjuangan gerakan Islam yang dahulunya bertujuan bagi membebaskan negara dari cengkaman penjajah kini beralih tumpuan kepada usaha dakwah atau tarbiyah pula. Banyak parti politik umat Islam dan organisasi baru yang ditubuhkan di atas semangat ini kerana mereka berasakan kemerdekaan yang dicapai masih lagi tidak menepati matlamat sebagai sebuah negara Islam. Dakwah dan tarbiyyah adalah merupakan proses yang berterusan bagi mengubah suasana dunia Islam hari ini ke arah menghayati Islam dalam erti kata yang sebenarnya.

Nota Hujung
1.    Dr. Hassan Langgulung,  ‘Applikasi Beberapa Kaedah Kaunseling Dalam Dakwah’, dalam Dr. Abdullah Muhammad Zin, Che Yusof Che Mamat dan Ideris Endot (ed.), Prinsip dan Kaedah Dakwah dalam Arus Pembangunan Malaysia, (Bangi: Penerbit UKM, 1998), hlm. 137-140.
2.    Ideris Endot, ‘Peranan Psikologi Masyarakat Islam dalam Dakwah Islamiah’ dalam Sidi Ghazalba dan Zainab Ismail, Dakwah Islamiah Malaysia Masa Kini, (Bangi: Penerbit UKM, 1993), 124-125.
3.    Wa’az berasal dari kalimah wa’aza dan wa’izu yang bererti to preach, appeal to, to warn and take advice. Lihat Hans Wehr, A Dictionary of Modern Written Arabic, Arabic English, (ed.) J. Milton Cowan, (London: MacDonald & Evans Ltd., 1974), hlm. 1082.
4.    Dr. Wan Hussein Azmi, Ilmu Dakwah, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984), hlm. 34-37.
5.    Ibid.
6.    Abd. Ghafar Don, ‘Tarbiyyah Dalam Kaunseling Islam’, dalam Dakwah dan Kaunseling Islam di Malaysia, (Bangi: Penerbit UKM, 2006), hlm. 99-105.
7.    Kamal Abd. Manaf, Kaunseling Islam Perbandingan Antara Amalan dan Teori Kaunseling Barat, (Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors, 1995), hlm. 19-20.

Artikel ini hanya merupakan sebahagian daripada bab dalam buku karangan Prof.  Dr. Badlihisham Mohd Nasir, Dinamisme Dakwah Gerakan Islam: ABIM dan PAS. Dapatkan buku ini untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai dakwah gerakan-gerakan Islam di Malaysia khususnya ABIM dan PAS.

ISLAM DAN DEMOKRASI

KEMUNCULAN DEMOKRASI

Demokrasi berasal daripada perkataan Greek iaitu demos (rakyat) dan kratos (kekuasaan). Gabungan keduanya membentuk maksud kekuasaan rakyat. Demokrasi diperkenalkan pada zaman pemerintahan Greek di mana Athen adalah negeri pertama yang melaksanakan sistem ini. Seorang tokoh demokrasi Yunan bernama Apicorus (347-275 SM) menyebut; ‘Negara adalah satu permuafakatan untuk mendapat manfaat, ia dilakukan dalam semangat ikat janji.’ Semasa demokrasi dilaksanakan di Greek, seluruh rakyat mempunyai kesedaran yang penuh terhadap apa yang mereka lakukan. Semua golongan termasuk bukan warganegara Greek tampil memperdebatkan isu atau perinsip yang baik bagi masyarakat yang boleh diamalkan mereka.1

Demokrasi mula pupus apabila Kristian dengan konsep teokrasinya menguasai Greek. Ia muncul semula justeru ketidakpuasan hati terhadap pemerintahan oligarki beraja. Bermula pada tahun 1688, berlaku Revolusi Inggeris yang memperkenalkan suatu pemerintahan berparlimen di mana wakil rakyat berperanan memegang kuasa tertinggi dalam kerajaan. Revolusi ini menandakan golongan sederhana, profesional dan ahli perniagaan bangun menentang kuasa mutlak raja. Pada tahun 1776, tercetus pula Revolusi Amerika yang akhirnya memperkenalkan konsep demokrasi yang baru iaitu suatu pemerintahan daripada rakyat, untuk rakyat. Kebangkitan rakyat telah menular ke Perancis di mana pada tahun 1789 berlaku Revolusi Perancis yang merupakan titik permulaan pemodenan demokrasi secara keseluruhannya. Antara prinsip yang lahir daripada revolusi ini ialah sebagaimana yang dijelaskan oleh Rousseau mengenai konsep Kehendak Umum atau General Will iaitu:
(a) Berkenaan deklarasi hak sesama manusia dan warganegara.
(b) Pelaksanaan perlembagaan Perancis dalam pemerintahan negara Perancis pada tahun 1971.
(c) Lahirnya teori pengasingan kuasa.2

Setelah demokrasi mengalami revolusi di beberapa tempat di Eropah, ia semakin diterima oleh masyarakat Barat. Selepas itu, demokrasi berubah secara evolusi melalui beberapa proses pemodenan sesuai dengan keadaan persekitarannya atau dengan kata lain sesuai dengan keadaan sesebuah negara. Pelaksanaan sistem pemerintahan ini bukan setakat di negara Barat, malah menular ke negara-negara yang dijajah oleh mereka di serata dunia termasuk di negara umat Islam hari ini. Ini dibuktikan dengan komitmen mereka khususnya Britain dalam menentukan dasar supaya dasar pemerintahan negara-negara Islam supaya sejajar dengan kehendak dan kepentingannya. Hari ini, justeru dominasi dan promosi Barat terhadap sistem ini sebagai suatu sistem unipolar yang mampu membangunkan tamadun manusia yang gemilang, demokrasi muncul sebagai suatu sistem yang begitu berpengaruh berbanding dengan ideologi lain ciptaan manusia.

Berdasarkan sorotan ringkas di atas, nyatalah bahawa demokrasi bukan berasal dari Islam. Islam menerusi Al-Quran telah memperkenalkan sistem politiknya yang tersendiri dengan mengutarakan prinsip asas manusia sebagai Khalifah Allah di muka bumi. Perincian dan amalan konsep ini dijelaskan secara sistematik oleh Rasulullah (saw) dan diteruskan oleh Khalifah al-Rashidun selepasnya. Walaupun sistem ini diakui mempunyai beberapa persamaan dengan ajaran Islam seperti syura dan kebebasan bersuara, ia dikritik sebagai suatu gagasan pemikiran manusia yang bercanggah dengan sistem wahyu Ilahi yang muktamad. Antara kritikan tersebut ialah kelahiran parti-parti politik yang saling merebut kekuasaan dikatakan bakal mencetuskan perpecahan dalam kalangan orang Islam walaupun ia cuba dijustifikasikan dari segi syarak. Al-Wasfi mengingatkan bahawa antara pengaruh yang paling ketara sebagai natijah daripada pengintegrasian demokrasi dengan Islam adalah penubuhan parti politik yang merupakan satu penghinaan kepada Islam justeru ia boleh membawa kepada perpecahan dan bertentangan dengan Islam.3

Namun pandangan ini dibantah oleh sarjana Islam seperti Prof. Muhammad Asad yang menyarankan bahawa dalam masyarakat yang kompleks seperti multi-racial society, tiada bentuk perundingan lain yang boleh dijalankan selain daripada amalan pemilihan. Dalam amalan ini, perwatakan atau sifat calon parti masing-masing dibincangkan secara terbuka dan dikuti dengan pembuangan undi.4 Menurut golongan ulama yang menerima sistem demokrasi ini mereka mengakui bahawa demokrasi bukanlah merupakan sistem yang berasal dari Islam tetapi masih boleh diterima kerana mempunyai ciri-ciri yang selari dengan Islam. Pengamal demokrasi tidak harus dilabelkan secara automatik sebagai mereka yang menolak sistem Islam secara muktamad. Dr. Yusuf Qardhawi berpandangan; “tidak semestinya orang yang menyeru kepada demokrasi menolak hakimiyah Allah kepada manusia. Bahkan perkara ini langsung tidak terlintas dalam hati orang yang melaungkan demokrasi. Apa yang mereka maksudkan dan inginkan ialah menolak kediktatoran dan pemerintahan kuku besi raja-raja yang zalim dan sombong dalam mentadbir urusan rakyat yang dinamakan oleh hadis sebagai raja yang memutuskan ataupun raja yang takbur dan zalim.”5 Ringkasnya walaupun demokrasi mendapat kritikan hebat dalam kalangan para ulama, ia masih diperakui sebagai suatu sistem yang hampir-hampir menjiwai semangat Islam yang mementingkan hak kebebasan bersuara dan anti-penindasan itu.

ANTARA DEMOKRASI DAN POLITIK ISLAM

Secara praktisnya, demokrasi diterima oleh sebahagian gerakan politik Islam yang menjadi pelopor demokrasi di dunia Islam khusus selepas mewarisinya dari penjajah Barat. Umat Islam seolah-olah tidak mempunyai pilihan selain menerima sistem yang dipaksakan ini tanpa membandingkannya dari sudut Islam. Hakikat ini ditegaskan oleh Dr. Mahathir iaitu; “For example, the pragmatic South-East Asian Muslims have adopted democratic practices, institutions and systems without much regards for their correspondence with Islamic ideology.”6 Penerimaan demokrasi secara keterlaluan berlaku khususnya bagi mereka yang dijoloki sebagai golongan modernis dan bergerak pada landasan ideologi perjuangan nasionalis dan sekularis yang akur bahawa demokrasi adalah suatu sistem yang terbaik bagi zaman ini. Bahkan ada antara mereka yang bermati-matian mempertahankan bahawa demokrasi ciptaan Barat itu adalah segala-galanya sehingga mengenepikan Islam sebagai suatu agama yang lengkap dan syumul.

Bagi golongan politik Islam yang berpandangan sederhana, sistem demokrasi boleh diserasi dan dimanfaatkan untuk perkembangan politik Islam, manakala segelintir yang lain menolak dan menganggapnya sebagai bertentangan dengan roh syariat Islam. Mereka secara ekstrim menolak demokrasi dan menganjurkan cara kekerasan sehingga mencetuskan imej buruk kepada gerakan politik Islam itu sendiri.7 Secara perbandingan, pandangan golongan politik Islam yang berhaluan moderate ini mungkin boleh dimajukan sebagai suatu sikap dan pendekatan yang harmonis dalam mendepani demokrasi sebagai suatu sistem yang berbeza dengan Islam. Menurut Dr. Yusuf al-Qardhawi, aliran keadilan ini mempunyai ciri-ciri seperti:
1. Memahami agama dengan cara menyeluruh, seimbang dan mendalam.
2. Memahami realiti kehidupan dengan lengkap. Semuanya diambil kira, sama ada realiti kaum Muslimin ataupun realiti musuh-musuh Islam.
3. Memahami benar sunnah Allah Taala yang berlaku dalam kehidupan ini yang tidak pernah berubah dan berganti, khususnya sunnah Allah yang bersangkutan dengan kehidupan alam manusia.
4. Memahami maqasid shariat secara syumul dan tidak bersikap statik terhadap makna-makna yang zahir sahaja.
5. Memahami erti keutamaan dan prioriti dalam langkah-langkah perjuangan yang berkaitan langsung dengan kefahaman perundangan antara tugas-tugas yang sedang berlangsung.
6. Memelihara cara keterbukaan dan tolak ansur dalam urusan khilafiyyah dengan aliran-aliran perjuangan Islam yang lainnya. Kaedah mereka adalah bekerjasama dalam perkara-perkara yang disepakati dan saling memaafkan dalam perkara-perkara yang diperselisihkan.
7. Menggabungkan antara aliran Salafiyyah dan pem-baharuan atau dengan kata lain antara ciri keaslian dengan tuntutan moden.
8. Memadukan antara keaslian hukum syarak dengan perubahan zaman.
9. Yakin bahawa pembaharuan pemikiran, jiwa dan sikap adalah asas utama kepada pembaharuan peradaban.
10. Menampilkan Islam sebagai satu-satunya alternatif dalam pembangunan peradaban manusia yang bersepadu dan menyeluruh demi menyelamatkan mereka daripada kongkongan dunia materialisme.
11. Kelonggaran dalam perkara fatwa dan memberikan khabar gembira dalam dakwah.
12. Menampilkan nilai-nilai murni Islam dalam bidang sosial dan politik seperti kebebasan, kemuliaan, syura, keadilan sosial dan pemeliharaan hak-hak asasi manusia.
13. Membuka pintu untuk berdialog dengan pihak-pihak lain iaitu dengan golongan bukan Islam atau dengan kelompok Muslimin yang telah terjajah pemikiran dan mentalitinya dengan pengaruh dunia Barat.
14. Menjadikan Jihad sebagai satu cara untuk melindungi kemuliaan umat Islam dan negaranya.8
Ringkasnya, ciri-ciri di atas memupuk sikap dan pendekatan mereka terhadap demokrasi yang dapat dirumuskan sebagai:
1. Memperakui bahawa demokrasi yang diamalkan hari ini bukanlah suatu sistem yang berasal dari Islam.
2. Memperakui demokrasi mempunyai ruang yang dibenarkan oleh syarak untuk menegakkan sistem politik Islam.
3. Berkeyakinan bahawa politik Islam mampu membangun tamadun Islam dalam konteks sistem demokrasi.
4. Menyedari keperluan penyelarasan yang harmonis bagi menukar sistem demokrasi kepada sistem pemerintahan Islam secara menyeluruh.
5. Ingin menegakkan satu sistem Islam yang syumul berbanding amalan demokrasi atau teokrasi Barat merupakan matlamat akhir gerakan politik Islam.
6. Percaya bahawa tamadun Islam yang sebenarnya dapat ditegakkan setelah wujudnya sebuah negara Islam yang bebas dari dominasi Barat.

Golongan aliran sederhana yang terdapat di atas menyertai demokrasi pada hampir seluruh negara Islam yang mengamalkan sistem demokrasi. Secara teorinya pendemokrasian gerakan Islam aliran ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor. Pertama; demokrasi dapat dijadikan sebagai batu loncatan kepada arus kebangkitan Islam atau Islamisasi yang berlaku di negara Islam. Kedua; gerakan Islam akur terhadap realiti umat Islam yang menjadi mangsa penjajahan Barat dan menerima sistem ini secara terpaksa. Ketiga; demokrasi membenarkan gerakan Islam bersuara dan mengkritik sebagai pembangkang. Mereka boleh menjadi saingan kepada pemerintahan dalam menawarkan pemerintahan yang lebih baik Keempat; demokrasi menjamin hak asasi manusia dan kebebasan berdakwah yang boleh digunakan bagi menonjolkan memurnian Islam. Kelima; demokrasi dapat mengikis imej radikal, ekstrem dan ganas yang sering dikaitkan dengan gerakan Islam semasa.9

KESIMPULAN

Berdasarkan sorotan ringkas di atas, tidak dinafikan lagi bahawa walaupun demokrasi bukanlah merupakan suatu sistem yang Islamik sepenuhnya, tetapi ia boleh dimanfaatkan akhirnya oleh gerakan politik Islam yang mempunyai perspektif yang terbuka dalam menangani kemelut politik ummah secara lebih berhikmah dan terbuka. Persoalan pro dan kontra yang meliputi isu politik Islam dan demokrasi bukanlah merupakan suatu isu yang tidak dapat diselesaikan secara harmonis. Hubungan antara gerakan politik Islam dan demokrasi terbukti dapat dipadukan meskipun berdepan dengan pelbagai masalah dan cabaran. Cabaran kepada pencinta politik Islam dan demokrasi ialah bagaimana pelaksanaan gerakan politik Islam dalam kerangka demokrasi dapat mencapai maksud siasah syariyyah yang mementingkan matlamat keadilan dan keamanan umat manusia, serta mampu meraikan hak kebebasan asasi manusia seluruhnya. Gerakan politik Islam akan sirna makna dan kekuatannya jika tidak mampu bersifat demokratik, manakala demokrasi pula hanya akan hanyut tanpa kawalan wahyu sekiranya tidak dikendalikan oleh konsep dan manhaj politik Islam. Mungkinkah kedua-dua pola yang dasarnya pada pandangan kasarnya terlalu ekstrem untuk dipadukan dapat ditadbir dan diurus dengan harmonis atau satu daripadanya terpaksa akur dengan yang lain. Inilah yang menjadi cabaran kepada gerakan Islam di seluruh dunia termasuk Malaysia yang khususnya menjadikan politik dan demokrasi bagi tujuan mencapai matlamat dakwah mereka.

Nota Hujung
1 Muhammad Pisol, Jihad Dalam Politik & Persoalan Negara Islam Mengikut Pandangan Sa’id Hawwa, Bahau: M. Khai Enterprise, t.th., hlm. 82-83.
2 Ahmad Redzuwan Mohd Yunus, Demokrasi dan Kepimpinan Islam Suatu Perbandingan, Kuala Lumpur: Utusan Publications, 2001, hlm. 3-4.
3 Ahmed al-Khatib, ‘Islamic Thought and Political Parties’, Islamic Order Quarterly, jil. 10, no. 1, 1988, hlm. 151.
4 Muhammad Asad, The Principle of State and Government in Islam, Gibraltar: Andalus Publications, 1976, hlm. 45.
5 Yusuf al-Qardhawi, (ter. Juanda Jaya), Fiqh Daulah Menurut Perspektif Islam, Selangor: Maktabah al-Qardhawi, 1998, hlm. 224.
6 Imtiaz Yusof, ‘Islam and Democracy in Thailand: Reforming the Office of Chulalrajmontri/Shaikh al-Islam’, Journal of Islamic Studies, New York: Oxford University Press, 1998, hlm. 277.
7 Sila lihat klasifikasi gerakan Islam moderat dan militan dalam R. Hrair Dekmejian, Islam in Revolution Fundamentalism in the Arab World, 2nd. Edition, New York: Syracuse University Press, 1995.
8 Lihat Yusof Qardhawi, Fiqh Keutamaan Satu Kajian Baru Dari Perspektif al-Quran dan al-Sunnah, diterjemah oleh Ahmad Nuryadi Asmawi Batu Caves: Thinkers Library, 1996.
9 Mohd Izani Mohd Zain, Pendemokrasian Gerakan Islam, Pemikir, bil. 23, Januari-Mac 2003.

Artikel ini hanya sebahagian kecil daripada bab dalam buku karangan PM Dr. Badlishisham Mohd Nasir, Dinamisme Gerakan Islam dan Cabaran Semasa, (Karisma, 2009). Huraian yang lebih panjang mengenai politik dan gerakan Islam di Malaysia boleh didapati dalam buku ini.