Asri: ‘Allah’ sudah digunakan Yahudi, Kristian sebelum kedatangan Nabi Muhammad

Oleh Amin Iskandar
Penolong Pengarang Berita

Dr. MAZA

Dr. MAZA

KUALA LUMPUR, 17 Jan — Penganut agama Yahudi dan Kristian sudah menggunakan kalimah “Allah” jauh lebih lama sebelum kedatangan Nabi Muhammad kata Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (gambar) dalam sebuah kuliah di kala isu ini masih lagi hangat diperdebatkan dan menjadi tajuk utama diseluruh negara.
Penjelasan bekas Mufti Perlis ini muncul selepas perdebatan mengenai penggunaan kalimah Allah ini timbul kembali akibat daripada kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang menggesa kerajaan pusat membenarkan penggunaan perkataan Arab itu dalam kitab Injil berbahasa Melayu sempena perutusan Krismas pada 24 Disember lalu.
“Pertama, sebelum kita nak bincang Bible tak Bible ni, simple je. Bila orang Kristian ni pi kata, pi sebut Al- Masih anak Allah. Bila?
“Kelmarin dulu ka? Mula dengan geng Penang tu ka? Ataupun dah lama? Bila? Saya nak tanya, ada dak Yahudi dan Kristian di Madinah? Ada dak? Mereka hidup dak? Nabi benarkan tak mereka hidup?” tanya beliau.
Isa Al-Masih adalah nama Arab bagi Yesus Kristus yang Kristian percaya adalah satu aspek tuhan, tetapi masyarakat Islam di sini berhujah penggunaan perkataan “Allah” harus menjadi eksklusif kepada mereka atas alasan bahawa Islam adalah monoteistik dan perkataan bermaksud tuhan Islam.
Mohd Asri turut berkongsi pengalamannya di negara Arab di mana kitab Injil sememangnya menggunakan kalimah Allah dan ini menurutnya sudah berlaku sebelum Muhammad mengajarkan Islam.
“Tuan-tuan kalau pergi ke negara Arab, tuan-tuan tengok Bible dia memang Allah. Bukan mula kelmarin dulu, sebelum nabi lagi.
“Kalau tuan-tuan jumpa Kristian Arab, Daud… Ibrahim… Sulaiman… Alhamdulillah dia sebut,” kata Mohd Asri dalam sebuah kuliah bertajuk “Penggunaan Nama ALLAH Oleh Bukan Islam” yang dimuatnaik dalam laman social YouTube Sabtu lalu.
Menurut bekas Mufti Perlis itu, kekeliruan berhubung dengan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam tidak seharusnya berlaku jika setiap umat Islam jelas dengan kepercayaan mereka.
“Ok. Itu adalah realiti. Orang kata keliru. Yang keliru tu hak yang tidak jelas akidah ja. Takkan akidah taslis, trinity. Memang ada keliru. Bukan kata nama Allah dalam Bible nama nabi. Orang kata nabi takpa Allah yang tak buleh. Ai… mempercayai para rasul rukun Iman jugak tau.
“Dak kami tak masuk… Ha… Itu hang punya masalah. Tapi nama mereka ada. Saya bukan bela mereka. Saya tak bela. Saya nak cerita itu adalah realiti Quran. Sebab itu Quran sebut,” katanya lagi.
Pensyarah Universiti Sains Malaysia itu menjelaskan, penggunaan kalimah Allah bagi penganut agama Yahudi dan Kristian adalah di antara sebab mereka digelar Ahli Kitab di dalam Al-Quran.
“Musyrikin orang yang mensyirikkan Allah. Sebab apa dia syirik? Sebab dia kata di samping Allah ‘beside Allah there is another god’. Di samping Allah ada tuhan yang lain.
“Maka dia dinamakan dengan Musyrikin. Kalau dia tak percaya langsung Allah itu namanya Atheist,” katanya lagi.
Mohd Asri mengatakan, tidak ada masalah jika kerajaan mahu menguatkuasakan undang-undang menghalang bukan Islam daripada menggunakan perkataan Allah bagi mengelakkan kekecohan tetapi jangan beri alasan Islam yang melarang penggunaan perkataan Arab tersebut.
“Siang hari matahari panas. Terang terik benderang dia suruh kita pasang lampu motor kita pasanglah. Pasal itu peraturan. Kereta kita beli 260 dia kata bahaya 110. Kita patuh 110 takpa lah. Walaupun kereta kita beli. Kerajaan memang ada hak. Orang tanya saya habis tu mana satu kita nak patuh?
“Banyak uniform kita.. Topi… Ada Allah Muhammad. Non Muslim pun pakai. Non Muslim pakai bertulis tu Non Muslim pakai. So kita kadang-kadang… Habaq betui-betui… Memang buleh dari segi Islam tapi di Malaysia keadaan tak mengizinkan. Toksah bagilah.
“Lepas tu arguelah di parlimen takpalah. Jangan pi kata, macam setengah orang kata tak buleh non Muslim masuk masjid. Depa pun hairan. Karpet dia pasang. Kubah dia pasang. Bumbung cat dia buat. Habis siap pasang .. Haram masuk… Aaa? Jadi orang bukan Islam lagi peninglah dengan Islam,” katanya lagi dengan menggunakan loghat Utara.
Klip 14 minit telah menarik lebih 62,000 tontonan, 545 tanda suka dan 16 tidak suka dan dimuatnaik di YouTube pada 12 Januari oleh TV Sunnah, sebuah siaran mengenai program Islam.
Bangsa dan agama adalah isu-isu yang tidak dapat dipisahkan di Malaysia, di mana orang Melayu — yang membentuk 60 peratus daripada penduduk 28 juta — ditakrifkan perlembagaan sebagai orang Islam, dan dengan itu adalah tertakluk kepada telunjuk Raja-Raja negeri yang merupakan pemimpin tertinggi Islam.
Dalam kenyataan dari Majlis Agama Islam Selangor (Mais) pada 8 Januari lalu, Sultan Sharafuddin Idris Shah terkejut dan kesal dengan tindakan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, yang meminta agar Putrajaya membenarkan kalimah Allah digunakan dalam semua Bible berbahasa Melayu baru-baru ini.
“DYMM Sultan Selangor telah membuat ketetapan dan menitahkan dengan tegas bahawa kalimah Allah yang merupakan kalimah suci khusus bagi umat Islam tidak boleh sama sekali digunakan di Negeri Selangor oleh mana-mana agama bukan Islam yang Iain sebagaimana yang telah difatwa dan diwartakan pada 18 Februari 2010,” kata Setiausaha MAIS Datuk Mohd Misri Idris.
Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, masyarakat Kristian dan Islam terlibat dalam perang mulut mengenai perkataan “Allah”, dengan kumpulan kedua berhujah penggunaannya perlu eksklusif kepada mereka atas alasan bahawa Islam adalah monoteistik dan perkataan “Allah” bermaksud tuhan kepada orang Islam.
Penghantaran Alkitab, kitab Injil dalam bahasa Melayu kepada Bumiputera Kristian yang menggunakan Bahasa Melayu telah disekat atau dirampas di pelabuhan, sebelum kerajaan akhirnya tunduk kepada tekanan dan membebaskannya pada tahun 2011.

Sumber: The Malaysian Insider tru Yahoo online.

Saya menyokong pernyataan Dr. Asri ini. Bagi saya umat Islam tidak perlu mempersoalkan isu ini, Ada banyak lagi permasalahan umat Islam dipandang remeh. Lebih baik pemimpin-pemimpin Islam atau penguasa-penguasa Islam cuba mengatasi masalah-masalah umat Islam yang makin meruncing seperti masalah sosial, tidak melaksanakan syariat Islam dengan taat, malah golongan penguasa sendiri sering menyalahi syariat, seperti terlibat dengan perniagaan haram, menolak hudud sekali gus menolak Al-Quran, dan sebagainya. Dengan kata lain, umat Islam sendiri memperkotak-katikkan agama sendiri. Kun Fayakun walia din, biarlah mereka dengan agama mereka, lebih baik kita jaga agama kita.

Isu kalimah Allah selesai, Majlis Syura sudah putuskan

KUALA LUMPUR: PAS tidak akan melayan sebarang desakan dari mana-mana pihak berhubung isu penggunaan kalimah Allah memandangkan ianya telah diputuskan oleh Majlis Syura Ulamak PAS sebelum ini.

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Tuan Guru Datuk Harun Taib berkata, keputusan oleh bandan tertinggi PAS itu sebelum ini adalah sangat jelas dan semua pihak harus menghormati keputusan tersebut.

“Ianya dibuat secara kolektif setelah melalui perbincangan yang mendalam oleh Majlis Syura Ulamak PAS dan ia bukan diputuskan secara individu.

“Kita meminta agar mana-mana institusi dan individu-individu tertentu agar menghormati pandangan dan keputusan PAS ini sepertimana dalam kenyataan rasmi oleh Majlis Syura Ulamak PAS sebelum ini,” katanya kepada Harakahdaily.

Pada 13 Januari lalu, mesyuarat Majlis Syura Ulamak PAS memutuskan sesiapapun boleh menggunakan kalimah Allah namun kalimah suci itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar dari kalimah ini.

Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah.

Keputusan itu juga menjelaskan menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ia salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata. Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah.

Sumber: http://www.pas.org.my

Blogger: Alhamdulillah, akhirnya isu ini selesai, memang benar, bahawa sesiapa sahaja boleh menggunakan kalimah tersebut, itu adalah hak agama masing-masing,  namun untuk menterjemahkan kalimah God di dalam Bible kepada Allah memang tidak betul. Saya sendiri tidak setuju bahawa terdapat kecenderungan penterjemah menterjemah Jesus kepada Nabi Isa, kerana bagi orang Islam ia adalah individu yang berlainan. Semoga orang bukan Islam peka terhadap perkara ini.

2 thoughts on “Asri: ‘Allah’ sudah digunakan Yahudi, Kristian sebelum kedatangan Nabi Muhammad

  1. harapnya..sok lusa..apabila ada org datang ke rumah kita..anak kita ditanya… nak tengok Allah tak…. kata org itu..nak! nak!.. maka di tunjuknya salib…..maka pada masa itu..sapa nak pastikan lagi akidah anak kita….
    kerjaan menjaga akidah org yang sekarang ni makin lemah….

    kalau kita selesaikan masalh sosial, tapi akidah tak betul…boleh masuk syurga kaa..

    kalau akidah kita betul, pengarai tak berapa nak elok… kita akan masuk neraka dulu…insya allah dapat masuk syurga..sbb kita kita mensyirikkan allah..

    fikirkan lahhh..kita mungkin kkuat iman, banyak ilmu…sok lusa..anak cucu kita…
    kita nak tanggung kaaa…

    • ye betul tu, tu pasallah jaga agama kita, jangan tolak hukum Allah, ini tidak, agama sendiri tak jaga, hukum al-quran dipermainkan, lepas tu sibuk hal-hal lain… fikir2kanlah

Leave a comment