Archives

Catatan Perjalanan- Kemboja

Kemboja mempunyai sejarah yang tersendiri, selain keagungan empayar Khmer di Angkor, terdapat sejarah hitam yang masih dikenang oleh penduduknya iaitu kekejaman rejim Pol Pot di bawah Communist Party of Kampuchea. Jutaan penduduk Kemboja dibunuh tanpa sebab tanpa mengira jantina dan usia. Tinggalan sejarah Kemboja ini menjadi tarikan pelancong untuk datang ke Kemboja. Lebih 2 juta orang melawat Angkor City setiap tahun. Kedua-dua era atau peristiwa ini menjadikan Kemboja negara pelancongan. Pelancongan menjadi sumber ekonomi penting kepada Kemboja menduduki tempat kedua selepas industri tekstil.

Antara pemandangan bandar Phnom Penh.

Meskipun baharu aman (1975), Kemboja pantas membangun. Penduduknya gigih bekerja. Jarang ditemui peminta sedekah. Kebanyakannya berusaha mencari pendapatan dengan bekerja walaupun dengan hanya menjual kalungan bunga jasmine (untuk sembahyang/keberkatan bagi penganut Buddha) yang hanya 500 riel (USD 0.25) (anggaran saya).

 Hari Pertama (Friday)

Saya ke Kemboja bersama seorang rakan (Norsiah Harun). Kami sampai di Phnon Penh kira-kira pukul 4.00 petang waktu tempatan. Dari atas flight saya lihat, buminya gersang. Cakap-cakap wanita Vietnam yang duduk di sebelah saya, Kemboja lebih panas dari Malaysia. Saya akur dan telah bersedia dari segi mental. Kami dijemput oleh pemandu hotel di airport, cuma kena bayar harga parkir 3500 riel (USD0.88). Kami menginap di Asia Hotel. Harganya cuma USD25 semalam. Menariknya di dalam hotel ini terdapat restoran KFC, halal katanya, namun kami tidak pun makan di situ. Malam kami makan mi segera sahaja. Berjimat. Saya menginap di sini terlebih dahulu sebab Holiday Villa (HQ di KL) mendakwa pada hari tersebut ia penuh.

Gigih berusaha

 Hari Kedua (Sabtu)

Kami bangun agak lambat, selepas subuh yang masuknya pukul 5.01 pagi, kami tidur semula, entah apa yang diletihkan pun tak tahu. Kami keluar dengan mengambil tut tut (Uncle Rom), cuma sedolar untuk ke New York Hotel. Di sana terletaknya D’Wau Restaurant, sebuah restoran yang diusahakan oleh warga Melayu Malaysia. Setelah makan, tuan punya restoran memberi panduan serba sedikit untuk berjalan-jalan di Phnom Penh dan Siem Reap. Seorang pemandu tut tut (Zamry- seorang Melayu Cam beragama Islam) juga ada di situ. Kami minta dia bawa kami ke Central Market (USD1).

Tukar Hotel

Dari Central Market, kami berjalan sahaja menuju Asia Hotel dan berkemas. Kami mengambil tut tut untuk ke Holiday Villa yang hanya jaraknya 280 m. Sebab malas nak heret beg sejauh itu, terpaksa membayar USD1 lagi. Dua malam di Holiday Villa adalah percuma kerana saya mempunyai tiket percuma dan dua malam lagi kena bayar USD50 semalam. Holiday Villa dimiliki oleh orang Malaysia dan menyediakan makanan halal. Malam itu kami memesan makanan dari bilik dan merasa sedikit hidangan Kemboja. Pada pukul 7.00 malam kami ke Night Market yang jaraknya kira-kira 2 km. Tut tut siang tadi telah ditempah. Di Night Market kami hanya melihat-lihat sahaja, tiada bajet besar untuk bershopping. Kami menghabiskan kurang USD10 seorang. Tambang tut tut cuma USD5 pergi dan balik. Memang tabiat tut tut di sini yang akan menunggu penumpangnya jika hendak ke mana-mana. Tiada charge tambahan dikenakan dalam tempoh menunggu selama mana pun.

 Hari Ketiga (Sunday)

Hari ini kami kami berjanji dengan pemandu tut tut Uncle Rom untuk membawa kami melawat sekitar tempat menarik di Phnom Penh. Tempat pertama dilawati ialah Istana Diraja (Royal Palace of Cambodia). Bayaran masuk sebanyak USD6.25 seorang atau 25,000 riel. Selain istana, dalam kawasan tersebut terdapat wat, muzium dan galeri. Masa yang dihabiskan kira-kira 1 jam. Selepas itu kami melawat Muzium Kebangsaan (National Museum) yang berhampiran. Tiket masuk adalah USD3. Destinasi seterusnya ialah Wat Phnom (USD1), Toul Sleng Museum (USD2) dan Russian Market.

Hari Keempat (Monday)

Hari ini pergi ke Siem Reap. Bayarannya telah dibayar terlebih dahulu di hotel iaitu sebanyak USD24 seorang. Bas bertolak pukul 7 pagi. Kira-kira 6 jam kemudian baru kami sampai di Siem Reap. Biasanya pelancong datang ke Siem Reap tidak kembali semula ke Phnom Penh atau terus datang ke Siem Reap dan kemudian ke Phnom Penh. Kami pula ulang alik, banyaklah kosnya.

 Melawat Angkor City

Seperti biasa, di stesen bas, tut tut telah menunggu yang mereka juga bertindak sebagai pemandu pelancong. Malangnya tiada sesiapa yang tahu di mana masjid. Asalnya kami mahu jamak taqdim dulu sebelum ke Angkor City. Salah saya juga sepatutnya saya kena survey dulu dalam google atau bertanya kepada mak cik D’wau, terlupa lah pula.  Akhirnya kami ke Angkor City dahulu, bayaran masuk ialah USD20 seorang. Kami tidak mengambil masa yang lama untuk melawat tiga kuil yang utama kerana resah, bimbang tidak dapat bersolat. Pemandu tut tut itu juga akui bahawa kamilah orang yang paling cepat melawat, biasanya pelancong akan mengambil dua hingga tiga jam untuk satu kuil. Tapi kami habis 3 jam untuk ketiga-tiga kuil. Lagipun kami bukan nak buat research, cuma melihat-lihat sahaja tinggalan zaman keagungan Empayar Angkor. Pemandu tut tut itu akhirnya tahu di mana masjid di Siem Reap setelah dia bertanya beberapa orang. Kami berasa lega.

Ruin of Angkor City

Ruin of Angkor City

Kami sampai di Masjid Naekmah kira-kira pukul 5 petang. Agak mengecewakan keadaan masjidnya. Kalau di sini mungkin boleh digred tahap D atau E. Tempat wuduk wanita juga tiada, masjid under construction sebahagiannya. Cuba bertanya beberapa orang lalu  lalang dan pekerja binaan itu, mereka langsung tidak boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris, bahasa Melayu pun tidak, mereka bukan orang situ. Ada seorang Melayu Cam yang rumahnya berdekatan. Dia datang menghulurkan bantuan. Dia mempelawa kami bersolat di rumahnya. Alhamdulillah. Tanpa fikir panjang kami terus menurut. Datang pula makcik jirannya yang juga berbahasa Melayu menyapa kami. Dia menemani kami sehingga kami habis solat.

Setelah meninggalkan rumah itu, kami singgah di Restoran Muslim berdekatan. Lapar sungguh, kami hanya makan sarapan di hotel pukul 6.00 pagi tadi. Kemudian tiada apa yang kami temui yang diyakini halal. Alhamdulillah makanannya sedap dan menyelerakan. Makanan ala Thai. Semua sekali hanya USD7.50.

Habis makan, kira-kira pukul 6.30 petang apabila kami sampai di Bandar Siem Reap. Jaraknya hanya 1 km dari masjid dan restoran tadi. Kami berjalan kaki. Bas hanya bertolak pukul 8.00 malam. Masih ada waktu terluang. Kawan saya mengambil masa melayari internet di kafe siber. Saya pula meluruskan kaki di spa, buat refleksologi, Cuma USD5.00 1 jam. Murah tu, mana nak dapat di Malaysia.

Jangan buat macam ni di Malaysia.

 Bas tanpa kerusi

Kira-kira pukul 7.50 kami sampai di hentian bas yang akan membawa kami pulang ke Phnom Penh. Terkasima saya sebentar. Pernahkah anda menaiki bas tiada tempat duduk? Saya tak tahulah  bas seumpama ini ada di mana-mana penjuru dunia, tapi inilah pertama kami saya menaiki bas seumpama ini. Nama basnya Night Bus, jadi faham-faham jelah kan. Ia hanya berjalan malam. Kami dipaksa tidur. Tiada kerusi di dalam bas. Cuma yang ada katil-katil ala-ala katil hospital yang ditegakkan sedikit bahagian kepala. Bukan kami sahaja yang tersenyum-senyum dan sesekali ketawa. Pelancong asing Eropah yang memenuhi bas itu pun tersenyum-senyum dan ketawa sesama sendiri. Lucu kami berlarutan beberapa waktu, maklumlah pengalaman pertama. Mujurlah kami dapat katil tingkat atas, jadi tidaklah terperap sangat. Perjalanan yang mengambil masa enam jam juga itu tidaklah terasa bosan sangat, sebab kami asyik tidur walaupun sesekali terjaga dek bising hon bas.

Hanya katil yang ditegakkan bahagian kepala.

Penggunaan hon di Kemboja adalah sebagai amaran. Sama seperti di Indonesia. Oleh itu bunyi hon kedengaran acap kali. Berbeza di Malaysia, hon dibunyikan dalam suasana genting, walaupun jarang kedengaran, hon lebih bermaksud tanda kemarahan, atau setidak-tidaknya akibat geram.

Pukul 1.42 pagi kami sampai di Phnom Penh. Pemandu tut tut itu mahu meminta tambang USD10 untuk jarak cuma 2 km dari hentian ke hotel. Kami enggan. Kami bercadang mahu jalan kaki sahaja. Lagipun cuaca baik. Tenaga masih baik kerana telah pun rehat yang cukup semasa dalam perjalanan. Tetapi pemandu tut tut itu saya anggarkan budak muda yang hanya berusia 18-20 tahun terus mengekori, hingga 300 meter perjalanan kami. Dek rimas, kami naik sahaja, namun harga yang dipersetujui adalah USD5.00.

 Hari Kelima (Tuesday)

Hari ini selepas sarapan kami Ke Kiling Fields, di mana berlakunya tempat pembunuhan penduduk Kemboja di bawah Khmer Rouge. Agak menyayat hati melihat dan mendengar ceritanya. Rasa sebak, tapi masih boleh bertahan. Ada pelancong wanita asing yang menangis teresak-esak. Kos tut tut ialah USD10 manakala tiket masuk adalah USD5 dengan alat dengar atau USD2 tanpa alat dengar pelbagai bahasa. Kedudukan kawasan ini di hujung Bandar Phnom Penh.

Pulang dari Kiling Fields kami terus ke Central Market, membeli sedikit buah tangan untuk dibawa pulang.

Sejenis makanan Kemboja.

 Hari Keenam (Wednesday)

Balik Malaysia. Kos tut tut dari hotel ke airport cuma USD5.00.

Cost in Cambodia

Airfare – depends on companies and countries.

Transport from airport- normally provided by hotel.

Phnom Penh

Hotel – depends on hotel from USD15 (budget) until hundred over.

Ticket to enter Royal Palace- USD6.25 p person

Ticket to enter National Museum – USD3 p person

Ticket to enter Wat Phnom – USD1 p person

Ticker to enter Toul Sleng Museum – USD2 p person

Other interest places – Central Market, Russian Market, and waterfront (Mekong and Tonle Sap River).

Tut tut to visit the city – from USD15 until USD30 depends on places.

Recommended hotel for Muslim – Holiday Villa Hotel and Resort (USD50 & above)

Other hotel: Asia Hotel IUSD25 & above)- KFC inside this hotel.

Siem Reap

Bus to Siem Reap – USD24 person, if u stay at Phnom Penh

Tut tut to Angkor City – USD10 p person

Ticket to enter Angkor City – USD20 p person

Meal cost

Depends on what you eat, but very cheap here, can get a food from USD1 onwards.

Recommended contact:

Phnom Penh

Siem Reap

Mr Sin

HP:  Local call: 0979008780 / Intr call: 855979008780

Email: tuktuk.tourguide@yahoo.com

Nota: Artikel ini telah memenangi pertandingan Menulis Blog Indochina (Muslim Friendly Blog Contest) tajaan Travel 3sixty, namun terdapat beberapa perubahan sesuai dengan tema Makanan Halal di Indochina. Lihat link http://www.airasia.com/travel3sixty/eyes-on-cambodia.html/2.

Luar Negara