Archives

Aku rupanya pengidap SLE!!!!

Pada April 2012 tiba-tiba aku sakit sendi, kadang-kadang susah nak bergerak hatta nak membuka pakaian pun. Aku tak anggap benda ni serius. Aku kerap kali berurut dengan nenek saudara yang sememangnya tukang urut. Sebelum ini pun aku kerap berurut dengan dia. Tapi sakit aku tak kunjung surut, cuma ia berkurang sepanjang awal bulan Jun. Pada akhir bulan Jun, aku ke Jakarta, ke pesta buku Jakarta macam tahun-tahun sudah. Macam biasa juga aku beli banyak buku. Tapi kali ini beban aku bertambah sebab menolong rakan yang membeli buku ‘triple’ kali banyak dari aku. Kerana dia seorang penerbit. Aku banyak bantu dia bawa begnya kerana ada begnya yang tak beroda. Selepas balik dari Jakarta, aku mengidap sakit sendi yang teruk. Aku mula ke klinik. Selepas itu aku ke klinik beberapa kali. Tak puas hati dengan klinik swasta kerana tak sembuh, aku ke hospital kerajaan di Putrajaya, tak puas hati aku ke hospital swasta pula. Entah berapa kali darah diambil dan kerap kali juga kena x-tray. Pada Hari Raya Haji 2012, akhirnya aku terpaksa dibawa ke unit kecemasan hospital di kampung, sakit sendiku makin kronik, aku hampir tidak mampu berbuat apa-apa, tiga kali darah diambil. Ujian darah kemudian gagal mengesan apa-apa, ujian darah kali kedua, aku tidak dapat mengambil keputusannya kerana aku telah ke Kuching. Kesku dipindahkan ke Hospital Umum Sarawak. Setelah ujian darah diambil dua kali, mereka mengesahkan aku mengidap SLE.

Inilah jenis-jenis ubat yang aku termaksa makan hari-hari.

Inilah jenis-jenis ubat yang aku termaksa makan hari-hari.

Nak tahu bahaya atau tidak penyakit ni, lihat LINK ini.

English reference in wikipedia.

Innocent of Muslim: Umat Islam memang menghina Nabi!

Usaha Barat menghina Islam bukanlah suatu yang baharu. Pelbagai usaha yang telah mereka lakukan, termasuk karikatur Nabi, mempropagandakan umat Islam sebagai pengganas, mewujudkan Islamphobia, dan pelbagai sekatan terhadap amalan Islam seperti di Jerman, Perancis, Belanda dan lain-lain. Setiap kali isu penghinaan ini berlaku umat Islam akan memprotes, ia lah, kita diwajibkan mempertahankan maruah dan kesucian agama kita. Begitu juga penghinaan yang berlaku dalam negara sama ada dicetuskan oleh parti politik tertentu atau orang perseorangan, seperti adanya paderi yang berceramah menghina amalan haji sebelum ini. Proteslah, buatlah apa yang patut selagi ada tangan dan kuasa untuk bertindak. Berdosa kita mendiamkan diri dan membiarkan agama kita dihina, meskipun hanya protes secara diam, sekurang-kurangnya tiada keredhaan di dalam hati.

Namun apa yang menghairankan, sedarkah umat Islam, ramai atau banyak kalangan umat Islam sendiri sentiasa menghina Nabi Muhammad, penghinaan ini terus berlaku dari zaman awal Islam hinggalah kiamat. Pelbagai bentuk penghinaan terhadap ajaran Nabi Muhammad dilakukan oleh umat Islam sendiri yang sangat ketara dan tiada protespun, malah tidak dihindari, dan lebih teruk lagi disanjungi.

Tidak payah pergi jauh, di Malaysia sahaja, penghinaan-penghinaan terhadap Nabi Muhammad sangat berleluasa. Antaranya:

1. Tidak solat atau bersolat tidak cukup waktu tidak kira lelaki atau perempuan, ada juga yang ke masjid (lelaki) pada hari jumaat kerana malu kepada rakan sekerja tapi tidur di dalam masjid, ini saya ketahui sendiri di sebuah masjid, bersepah tidur di bahagian bawah masjid, bukankah itu satu penghinaan yang besar terhadap ajaran Nabi Muhammad?

2. Tidak berpuasa pada bulan Ramadhan atau berpuasa kerana terpaksa.

3. Lebih ketara lagi ialah tidak menutup aurat yang kebanyakannya perempuan. Bersepah sana sini, dari golongan pemimpin, profesor, gabenor, artis,  hinggalah orang awam…. dengan selamba sahaja tanpa rasa bersalah bahkan berasa megah yang kononnya liberal dan moden, mereka ini telah menghina bukan Nabi Muhammad tetapi ajaran al-Quran sendiri, kadang-kadang belajar tinggi menggunung tetapi perkara yang mudah dan simple tidak boleh diamalkan, mungkin tiada hidayat  namun hidayat perlu dicari bukan dinanti. Apakah penghinaan yang lebih buruk daripada ini? Oh…. menutup aurat tidak termasuk dalam tujuh dosa besar, nanti buat amal lain maka boleh terhapuslah dosa ini… benarkah? Apakah jaminan dosa-dosa ini diampunkan? Jika dosa kecil dihimpunkan dan tidak sempat bertaubat nasuha, ia akan menjadi dosa besar juga.

4. Pergaulan bebas yang berleluasa dan menyebabkan perzinaan dan seterusnya pembuangan bayi yang berleluasa pada ketika ini, perkara ini lebih hina dari zaman Jahiliyah. Orang Jahiliyah betullah tidak bertamadun, tiada ajaran Islam lagi, apabila Islam datang, mereka menghentikan tabiat membunuh anak perempuan ini. Pada zaman ini yang dilahirkan sebagai Muslim, tak kira anak lelaki atau perempuan, disumbat dalam tandas, ditanam hidup-hidup, dibuang di dalam tong sampah, dan paling tragis baru-baru ini dicampak dari tingkat tiga, perilaku umat Islam kini lebih teruk dari binatang yang memelihara dan menyayangi anaknya meskipun tiada jaminan kewangan atau keselamatan. Apakah penghinaan terhadap agama yang lebih teruk daripada ini? Tapi jika dikaji asal-usul pergaulan bebas ini dalah dari permasalahan keluarga dan suasana dalam negara sendiri yang menggalakkan pergaulan bebas. Misalnya lihat sahaja setiap tahun, bulan 8-9 adalah masa pembuangan bayi. Ini adalah rentetan dari sambutan Tahun Baru 8-9 bulan sebelum ini. Anak muda dibiarkan berpeleseran dan pelbagai program sambutan hingga tengah malam dibuat oleh pihak-pihak tertentu yang langsung tiada islamiknya.

Dan pelbagai jenayah malah ribuan jenayah lagi dilakukan oleh orang Islam seperti rasuah, mengunjungi pelacur, manipulasi, menolak ajaran Al-Quran dan macam-macam lagi yang dilakukan oleh orang ‘besar’. Pelbagai jenayah lagi secara kecil-kecilan. Bolehkah mereka menganggap mereka tidak menghina Nabi Muhammad jika melakukankanya? Banyak perkara yang berlaku di dunia ini atau di Malaysia sahaja yang saya sendiri tak faham, jangan salahkah Tuhan jika bala datang. Bala boleh datang pelbagai bentuk.

Sekadar mengingati diri sendiri dan orang yang mahu menerima pengajaran.

Wallahuaklam.

Pembunuhan Osama Menghentikan Keganasan?

Semalam (2 Mei 2011), heboh diperkatakan di dada-dada akhbar bahawa Osama bin Laden, yang menduduki carta paling atas orang yang paling dikehendaki oleh AS dan sekutu-sekutunya dikatakan telah dibunuh dan mayatnya dibuang ke laut. Persoalannya kenapa dibuang ke laut? Benarkah Osama benar-benar pengganas sedangkan tiada sebarang bukti beliau terlibat dalam pengeboman WTC. Rangkaian al-Qaeda sering dikaitkan dengan keganasan yang berlaku di dunia terutama di Asia. Tetapi kadang-kadang orang lain buat dan mengaku al-Qaeda boleh jadi juga.

Pada pendapat saya, pengganas sebenar bukanlah orang Islam tetapi sebaliknya adalah orang Yahudi di Israel dan sekutu-sekutunya termasuk yang paling utama ialah Amerika Syarikat. AS masih lagi mengganas di bumi-bumi orang (Islam) tanpa dihakimi oleh sesiapa. Jumlah mangsanya tanpa mengira wanita atau kanak-kanak, mungkin jika dikira apa yang berlaku di Iraq dan Afghan lebih 1 juta orang. Sedangkan berapa ramai sahajalah orang bukan Islam yang menjadi mangsa orang Islam.

Yahudi pula masih lagi mengganas bukan sahaja di Palestin tetapi di dunia-dunia lain terutama di kawasan orang Islam. Ia bukan berlaku secara langsung, kadang-kadang secara tidak langsung melalui produk dan perkhidmatan. Tengoklah sistem perbankan kita yang paling ketara berasaskan kapitalisme Zionisme. Janganlah kita nak menafikan riba bertimbun-timbun. Lepas tu dimomokkan dengan ‘sistem perbankan Islam’. Akibatnya orang Islam yang bekerja di bank tidak mendapat keberkatan rezeki dan akhirnya keluarga, masyarakat dan seterusnya negara goyah dek asasnya yang tidak kukuh kerana menghirup rezeki haram setiap hari.

Ironinya, ada pemimpin kita yang mengalu-alukan kematian Osama di tangan AS, kononnya boleh menghentikan keganasan….. huh… mengampu ke atau otak kurang berfungsi bahana masalah dalam negeri yang semakin meruncing (ekonomi, politik bla bla bla).