Archives

PENYELEWENGAN DAKWAH QADIANI

Penyelewengan-penyelewengan dalam Dakwah Qadiani

Karya Mirza Ghulam Ahmad yang pertama berjudul Barahin-I-Ahmadiyyah telah diterbitkan pada 1880. Semua kandungannya membentangkan pendapat-pendapat atau pengumuman-pengumuman, membincangkan soal mukjizat, ilham dan sebagainya. Jilid yang kedua pun sama. Tetapi, dalam jilid ketiga yang diterbitkannya pada tahun 1882 dn jilid keempat pada tahun 1884, dia mula menampakkan tembelangnya yang sebenar. Beliau secara terang-terangan memuji pihak kerajaan British dan menghitungkan kebajikan dan sumbangannya kepada umat Islam. Beliau juga mengungkit-ungkitkan segala perkhidmatan yang diberikan oleh keluarganya kepada pihak British dan menekankan bahawa jihad adalah sama sekali dilarang. Perkembangan ini mengejutkan para pembaca kerana lain yang mereka harapkan. Selain membawa ‘trend’ pro-British, karya-karya ini juga menggambarkan sikap Mirza yang angkuh, suka memuji diri dan penuh bahasa Arab, ayat-ayat yang ditulisnya adalah lemah dan menurut lenggok bahasa Arab ala India. Menyedari akan tujuannya itu, para ‘ulama’ telah mengecamnya dan memperingatkan kaum Muslimin supaya berhati-hati kerana si pembohong itu memangnya berhasrat untuk mencari nama dan kekayaan.

Bermula pada 1885, Mirza mengisytiharkan dirinya sebagai mujaddid (reformer). Ini adalah karut! Menurut Maulana Abul A’la Maududi, seorang mujaddid itu ialah seorang alim yang benar-benar memahami Islam dan bertindak untuk membersihkan ajaran itu daripada segala kepalsuan dan beliau juga melaksanaknan ijtihad serta tidak akan berkompromi terhadap sesuatu idea atau ajaran yan unislamic (bercanggah dengan Islam). Dengan cirri-ciri yang demikian, jelaslah bahawa Mirza tidak dapat sama sekali memenuhi martabt seorang mujaddid. Pada tahun 1881, beliau mendakwa pula bahawa beliau ialah al-mahdi, yakni seorang pemimpin yang dipercayai akan muncul pada akhir zaman untuk membawa keadilan dan menguatan semula Islam di dunia di atas segala agama lain. Sebelum itu, dakwaan tentang kedatangan al-Mahdi ini telahpun berlaku di kalangan para pengikut Syi’ah. Misalnya, Syi’ah Sab’iyah (Isma’illiyah) menganggap ‘Al bin Abi Talib sebagai al-Mahdi yang akan dating ke dunia pada akhir zaman, manakala Syi’ah Ithna ‘Askari, yang berada dalam keadaan ghaib, akan muncul sebagai al-Mahdi. Bagi Mirza sendiri pengakuan ini ialah merupakan satu langkah kea rah pengisytiharannya yang lebih besar, iaitu sebagai al-Masih.

Mirza mempercayai bahaaw Nabi Allah Isa (Isa al-Masih) telah mati sebagaimana kematian manusia-manusia yang lain, sama seperti keyakinan kaum Yahudi dan Kristian. Namun, berbeza sedikit daripada kaum Kristian, Mirza berpendapat bahawa Nabi Isa hanya meninggal dunia di Kashmir setelah beliau berjaya melarikan diri daripada para musuhnya di Palestine. Dalam pada itu, menurut kepercayaan Islam Nabi Isa a.s tidak pernah disalib, malah yang kena salib itu ialah manusia lain (si pengkhianat) yang dijadikan Allah serupa dengan wajah rasul itu sendiri. Allah sebaliknya telah mengangkatkan Isa a.s ke hadratNya, sebagaimana firman Allah dalam surat al-Nisa’, ayat 157-158:

Mereka (Orang-orang Yahudi) berkata: Kami telah membunuh al-Masih Isa anak Maryam. Dan sebenarnya mereka bukan membunuh dan mensalibkannya, malah a telah diserupakan dengan orang lain. Da, sesungguhnya orang-orang yang berselisih pendapat tentang tu adalah dalam keadaan syak mengenainya, mereka tidak mempunyai pengetahuan kecuali hanya mengikut sangkaan semata-mata. Mereka tidak pula yakin telah membunuh Isa, Malah Allah telah mengangkat Isa kehadrat-Nya. Dan sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa dan Bijaksana.

Berdasarkan ayat-ayat ini, umat Islam mempercayai bahawa Nabi Isa a.s tidak pernah mati di tiang salib atau dimana-mana juga, malah beliau diangkat Allah ke hadrat-Nya. Dalam beberapa potong hadith pula telah disebutkan bahawa Nabi Isa (al-Masih) telah diangkatkan Allah ke langit dan akan diturunkan semua ke dunia pada akhir zaman kelak. Sebenarnya sebelum 1891, Mirza menyakini apa yang disebutkan oleh Al-Quran an hadith-hadith tersebut tentang Isa a.s. Namun atas desakan sahabat karib dan penggantinya, Nuruddin Bhairawi, beliau telah mendakwa dirinya sebagai Isa al-Masih. Sejajar dengan dakwaan itulah, maka beliau mereka-rekakan cerita tentang kematian al-Masih di Kashmir. Demikianlah betapa karutnya ajaran Mirza Ghulam Ahmad.

Berikutnya, pada 1900, beliau mengisytiharkan penghapusan hokum jihad dengan bersenjata. Pada 1901 pula, beliau mengaku dirinya sebagai Zilli Nabi (Bayangan Nabi), Yakni wakil Nabi Muhammad s.a.w. tanpa sebagai syariat yang baru. Dengan yang demikian, beliau telah memutarkabelitkan ajarn bahawa Rasulullah s.a.w ialah Khataman Nubuwwah, (penutup segala nabi), iaitu utusan yang akhir dari Allah.

Sementara itu, dia telah menggunakan poster bertajuk “Membasmi Kesalahan”. Mungkin yang cuba disaran melalui poster ini ialah beliau sedang berusaha untuk memurnikan Islam. Tetapi, yang nyata ialah kerosakan semata-mata. Pada 1904, beliau menerangkan statusnya sebagai al-Mahdi bagi umat Isla dan pada masa yang sama Krishna bagi orang Hindu serta menegaskan kepercayaannya tentang penjelmaan semula manusia kepada bentuk yang lain seperti yang diajar oleh agama Hindu. Melalu Barahin-i-Ahadiyyah. Dia juga mendakwa bahawa Allah telah menegaskan dirinya sebagai Adam, Nuh, Ibrahim, Ishak, Yaakub, Ismail. Musa, Daud, Isa dan Muhammad s.a.w. Sejajar dengan itu, dia menyatakan “Aku ialah penjelmaan segala Nabi-Nabi ini.” Jadi, puncak ajaran Qadiani Ahmadiyyah ialah pengakuan Mirza dan penekanan kerana pengakuan yang demikian merosakkan iktiqad seseorang Muslim sama sekali tentang kerasulan Nabi Muhammad s.a.w sebagai “Penutup Segala Nabi”.

Dipetik dari buku Islam dan Idealisme Zaman Moden, Fadhlullah Jamil, Karisma Publications, 2010.