Tag Archive | Dr Abdul Rahman Abdullah

GERAKAN ISLAM TRADISIONAL DI MALAYSIA

Gerakan Islam Tradisional

Buku ini membahas tentang gerakan Islam yang bercorak tradisional di Malaysia, khususnya kepada kumpulan Jamaat Tabligh dan Darul Arqam. Kajian terhadap kedua-dua gerakan ini penting sekali dilakukan, bukan sahaja kerana pengaruhnya yang besar, bahkan juga untuk mengenal pasti kelebihan dan kekurangannya. Atau, kalau mungkin, untuk mengetahui kebenaran dan kebatilannya. Sebagai sebuah kajian, penulis seberapa bolehnya cuba mendedahkan hakikat dan kenyataan, berasaskan fakta dan data yang diperolehi daripada sumber mereka sendiri, iaitu yang menjadi pegangan atau yang ditulis oleh para pendukung gerakan tersebut. Bahagian pertama membincangkan tentang gerakan tradisonalisme konservatif, manakala bahagian kedua membincangkan tentang gerakan tradisionalisme progresif. Fatwa Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan, Fatwa Majlis Ulama Indonesia (MUI) Propinsi Daerah Istimewa Acheh dan Kenyataan Ketua Pengarah Pusat Islam, Malaysia turut dimuatkan.

Penulis: Dr. Abdul Rahman Hj. Abdullah
ISBN 983 195 242 1
Tahun: 2007
Hlm: 212
Saiz: 5.75” X 8.25”
Harga: RM 18.00

Isu-isu Terpilih dalam Sejarah Pemikiran

Sejarah Pemikiran

Buku sumbangsih ini adalah dihasilkan untuk Dr. Abdul Rahman Bin Abdullah yang telah bersara pada bulan Julai 2007 dari Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, USM, Pulau Pinang. Dr. Abdul Rahman dilahirkan pada 30 Julai 1951 dan merupakan anak kelahiran negeri Jelapang Padi, Kedah Darul Iman. Beliau memulakan perkhidmatannya sebagai pensyarah sejarah di PPPJJ, USM pada tahun 1984. Sebelum memulakan perkhidmatannya di USM, Dr. Abdul Rahman merupakan bekas guru lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim. Kemudiannya, beliau melanjutkan pelajarannya di USM di peringkat ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana sehinggalah ke peringkat doktor falsafah di UKM. Bidang yang menjadi pengkhususan dan minat beliau ialah Sejarah Pemikiran dan Falsafah di Asia Tenggara. Dr. Abdul Rahman merupakan seorang pensyarah sejarah yang dikagumi dan diiktiraf kepakarannya bukan sahaja oleh rakan sejawatnya daripada bidang sejarah tetapi juga oleh rakan sejawat daripada disiplin-disiplin lain. Beliau telah menghasilkan buku-buku akademik terutamanya dalam bidang sejarah yang setakat ini berjumlah sebanyak 22 buah buku. Kecintaan beliau terhada ilmu mendorong beliau untuk terus meneroka bidang ilmu tanpa jemu. Beliau memetik kata-kata Imam Syafie bahawa “Antara nikmat hidup ialah apabila mengetahui benda-benda yang baharu dalam kehidupan ini”. Artikel-artikel yang disumbangkan untuk menghasilkan buku ini adalah hasil inisiatif rakan sejawat dari Program Sejarah PPPJJ, USM dan juga bekas anak murid didikan beliau yang kini merupakan pensyarah di beberapa IPTA tempatan selain sebuah artikel daripada gurunya sendiri iaitu Dr. Fadhlullah Jamil.

Editor: Dr. Azlizan Mat Enh
Harga: RM40.00
ISBN: 978-985-195-491-1
Halaman: 392