Siri Sejarah Penjajahan Tanah Melayu

Buku Siri Sejarah Penjajahan Tanah Melayu ini merupakan sebuah set buku yang menyenaraikan empat buah negara yang pernah menjajah Tanah Melayu dengan menceritakan detik-detik semasa proses penjajahan dan selepas penjajahan. Ia merangkumi latar belakang pentadbiran Tanah Melayu sebelum dijajah negara-negara tersebut dan serba sedikit mengenai negara penjajah. Negara-negara tersebut ialah Portugis, Belanda, British, dan Jepun.

Tujuan buku ini ditulis agar generasi kini terutama para pelajar sekolah menengah mengetahui tentang detik-detik pahit pada era penjajahan yang mengubah landskap politik negara. Dengan menghayati kesan negatif di sebalik penjajahan diharapkan generasi muda akan menjadi individu yang cemerlang dan seterusnya berbakti kepada bangsa dan negara untuk menutup peluang negara ini yang telah merdeka akan dijajah semula meskipun penjajahan minda dan pemikiran.

Buku ini adalah sesuai untuk bacaan sekolah menengah yang dihiasi dengan gambar-gambar bagi memudahkan para pelajar memahami plot detik berlakunya penjajahan di Tanah Melayu. Ia diharapkan menghilangkan tanggapan buruk pelajar bahawa belajar sejarah adalah sesuatu yang membosankan. Buku ini secara tidak langsung memberi pengetahuan bahawa kepentingan perpaduan kepada semua kaum di Malaysia di mana apabila negara kita kucar-kacir dan tidak bersatu maka ia memudahkan kuasa asing memasukinya dan menguasai negara kita.

Penerbit: Mega Publications
Tahun: 2012

8 thoughts on “Siri Sejarah Penjajahan Tanah Melayu

      • Puan,
        kami kontraktor membekal buku kepada Universiti. Saya ingin mendapatkan buku2 ini. Boleh dapat diskaun ye. Sbg pembekal biasanya kami mendapat 30% diskaun drp penerbit. Harap dapat hubungi kami segera.

        1 COPY SETIAP TAJUK :
        97896738001117 Penjajahan Belanda Sire Sejarah Penjajahan Tanah Melayu
        9789673800124 Penjajahan British Sire Sejarah Penjajahan Tanah Melayu
        9789673800131 Penjajahan Jepun Sire Sejarah Penjajahan Tanah Melayu
        9789673800148 Penjajahan Portugis Sire Sejarah Penjajahan Tanah Melayu

        T. kasih.

        RODZIAH – 017-3499950

Leave a comment