Archives

BUAH NONA

Buah nona atau nama sainsnya Annona squamosa, merupakan sejenis buah yang boleh dimakan dan dijual dipasar tani. Buahnya bulat dengan kulit yang berbonggol dan mempunyai banyak biji.

Terdapat pelbagai jenis Nona, antaranya yang mempunyai kulit bewarna hijau atau merah. Pokoknya merupakan pokok renek 6-8 meter tinggi. Daunnya berselang, ringkas, oblong-lanceolate, panjang 5-17 cm dan lebar 2-5 cm. Bunganya dihasilkan dalam kelompok 3-4, setiap bunga 1.5-3 cm, dengan enam kelopak, hijau-kuning dengan keungguan dipangkal.

Buah biasanya bulat atau bujur, berbonggol-bonggol, 6-10 cm keratan rentas dan seberat 100-230 gm. Isi buah boleh dimakan, putih sehingga kuning cair, menyerupai dan rasa seperti kastad. Bijinya tersebar dalam isi buah; perang hingga hitam, sepanjang 12-18 mm, dan keras berkilat.

Rasa buah nona ialah masam manis. Biasanya ia dimakan mentah kerana isinya tidak berair. Buah ini kaya dengan khasiat seperti protein, kalsim, fosforus dan vitamin C.

Buah nona banyak ditanam di Malaysia. Ia mengandungi kandungan zat yang lebih tinggi daripada epal. Selain rasanya enak, ia boleh juga digunakan sebagai ubat daripada buah, daun, biji, batang hinggalah akarnya. Bijinya mengandungi minyak berwarna kuning yang tidak kering dan dijadikan sebagai racun perangsang yang boleh membunuh kutu. Daunnya dijadikan ubat untuk merawat bengkak bernanah, akarnya pula boleh dijadikan julap asli untuk mencuci perut.

Manakala buah nona muda yang direndam di dalam air dapat menghentikan serangan cirit-birit apabila disuntik ke dalam rektum.

Penanaman buah nona ini amat mudah sekali iaitu dengan menabur bijinya, pembajaan yang tetap ia akan tumbuh dengan suburnya. Pokok buah nona ini boleh mencapai ketinggian sehingga lima meter dan ia kurang diganggu oleh serangga. Pada kebiasaannya pokok nona akan mengeluarkan buah dalam masa tiga bulan hingga empat bulan. Ia perlu dipetik segera agar tidak jatuh ke tanah, kerana buah yang jatuh akan rosak.